Cinta Khayalan - Wany Hasrita (Easy Guitar Chords)

Jumaat, Februari 05, 2021

Asalnya malam tadi, selepas kepenatan buat kelas online dengan anak-anak murid, saya pun duduk berehat sambil petik gitar. Melepaskan lelahlah konon-kononnya. Tiba-tiba Bott tanya lagu baru Amira Othman sedap ke? Dia baca dekat mana entah ramai orang puji best. Jadi OST untuk drama Marry Me Senorita.

Saya pun apa lagi ... cubalah dengar lagu Surat Terakhir. Sambil-sambil layan lagu Amira, terperasan pula pautan untuk lagu Cinta Khayalan. Eh, Wany Hasrita pun keluar lagu! Terus klik! Not bad at all. Sedap didengar. Cuma ada bahagian-bahagian tertentu yang bagi telinga saya agak familiar, mengingatkan saya pada satu lagu tetapi tak ingat lagu apa. 😂

Seperti biasa, lagu yang sesuai buat layan berdendang bersama si Kapok kita buat chords. Easy chords. Setakat saya petik-petik, macam kena bunyinya. Nanti kalau ada yang salah, beritahu ya.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Cinta Khayalan - Wany Hasrita (Easy Guitar Chords)


(Intro)

Am G F E


Am Dm

Pernah kamu merasakan cinta

G C

membuat lelah bila kau dengannya

F B7

bagaikan langit kian 

E

dirundung awan yang muram


Am Dm

Manis kata bisakah terubat

G C

dan juga nanti 'kan disangga waktu

F B7

dibiar dingin hingga 'kan tidak

E

tertahan lagi

Berbaloi di DAISO - Cleaner for Drain Pipes

Rabu, Februari 03, 2021

Sebelum ini saya ada tulis entri berkenaan Toilet Deoderiser  dan Metamine Sponge DAISO. Hari ini saya ingin kongsi satu barang berbaloi yang boleh dibeli di DAISO dan diperlukan untuk kediaman kita - cleaner for drain pipes.


Inilah rupanya. Tengok gambar produk pun dah tahu kan kegunaannya untuk apa. Produk dalam bentuk serbuk ini sangat sesuai untuk bantu kita atasi masalah sinki atau perpaipan yang tersumbat. Faham-faham sahajalah apabila sinki tersumbat, betapa menjengjelkan keadaannya. Belum campur siap dengan pakej bau kurang enak lagi. Dahulu, semasa tinggal menyewa di Subang, sinki dapur rumah memang ada penyakit tersumbat secara berkala. Jadi, barang ini memang wajib ada dalam simpanan saya. Senang untuk maintain keadaan sinki.

Kau Semanis Medovik

Isnin, Februari 01, 2021

 


Kau 

ibarat sepotong Medovik

manis dan hangatmu

membentuk lapisan memori indah

yang acap kali menakluk mimpiku.


Assalamu’alaikum w.b.t 😊

Saja je entri pertama untuk bulan Februari ini tayang benda manis-manis. Semoga hari-hari mendatang yang bakal kita lalui indah dan manis belaka. Kek medovik ini gambar hujung tahun lepas. Titipan adik ipar saya. 

Medovik atau Russian honey cake merupakan antara kek kegemaran saya. Saya pernah berpeluang merasa kek yang asli, autentik dari sana. Sedap sangat! Masa tu medovik demamnya belum sampai ke negara kita. Makan pun jimat-jimat. Konon menghargai setiap suapan. 😅

Roti Puri Kari Kawww

Sabtu, Januari 30, 2021

Ini hidangan sarapan saya dan Bott beberapa hari lepas. Roti puri dan kuah kari pekat. Kebetulan, hari sebelumnya masak lauk kari dan masih banyak berbaki. Jadi, saya buatlah roti puri untuk makan pagi. Sengaja buat saiz comel-comel begini. Biasanya saya buat roti puri guna tepung gandum biasa. Tetapi, kali ini saya pakai tepung atta.

Roti puri mini digandingkan dengan kari pekat tanpa santan. Yummeh! Lawan pula dengan kopi panas. Memang heaven! OK, jom tengok resepi.


Resepi Mudah Roti Puri 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung atta
  • 1 sudu teh gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh susu tepung (optional)
  • Air masak secukupnya untuk membentuk doh (lebih kurang dalam 3/4 cawan air). Ada sesetengah resepi roti puri yang saran guna air panas atau air suam. Saya guna air suhu bilik sahaja.