Hadiah My First Giveaway By Blog Sal

Isnin, Mac 01, 2021

Assalamualaikum.

Bulan Januari yang lalu saya sertai My First Giveaway by Blog Sal. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang daripada 15 pemenang. Berbunga-bunga hati ini teruja.

Sebenarnya, sudah lama juga kiriman hadiah Sal ni sampai. Cuma, disebabkan saya guna alamat surat-menyurat lama, jadi kena tunggu hujung minggu baru dapat kutip semua bungkusan dan posto milik saya. Lambat sedikitlah sampai ke tangan saya.

Jom tengok kiriman hadiah daripada Sal. Saya dapat sekeping alas tetikus, dua utas rantai kunci dan dua keping fridge magnet.

Gift Ideas - Pek Teh Individu

Sabtu, Februari 27, 2021

Ini gambar lama. Projek tahun lepas sebenarnya. Saya sediakan goodies untuk satu majlis kecil. Ada coklat, biskut, kek potong dan teh uncang. Lengkaplah satu set buat sesi fika atau minum petang. 

Semasa sediakan goodies ni, saya tengok teh uncang macam togel je. Item lain ada pembungkusan sweet-sweet, teh uncang pula yang tinggal terkontang-kanting seolah-olah tak belong hahahah. Jadi, saya pun carilah video di Youtube untuk idea pembungkusan pek teh. Kita buat tea bag holder

Sebelum ini pernah lihat di Pinterest, orang selalu kongsi buat pek individu untuk teh, kopi dan air coklat. Single pack begini sesuai diberi pada kenalan, rakan pejabat sebagai hadiah kecil dan tanda ingatan sempena keraian tertentu.

Setelah jumpa video yang berkenan di hati ... sesudah lipat-lipat, potong-potong dan tampal ... inilah hasilnya!

Cara Menyusun Meja Kerja Anda untuk Persekitaran yang Lebih Produktif

Khamis, Februari 25, 2021

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua?

Hari ini kita cerita sedikit tentang meja kerja. Tidak kira sama ada meja kerja di ruangan pejabat ataupun meja kerja yang kalian adakan sendiri di rumah. Maklumlah, semenjak kita dilanda pandemik Covid-19 ini, belajar dan bekerja dari rumah merupakan antara norma baharu yang perlu diterapkan dalam aspek kehidupan harian kita.

Saya sendiri, walaupun selama ini boleh dianggap bekerja dari rumah (sebab kelas tuisyen saya sepelaung sahaja jaraknya dari kediaman), tidak terfikir sama sekali yang saya kena cipta ruang khusus untuk meja kerja saya di rumah. Selama ini, meja kraf saya itulah yang dianggap sebagai meja kerja. 

Tetapi, apabila saya mula kelas secara atas talian, mulalah kelam-kabut siapkan meja kerja sendiri. Yang lapang (bebas dari gunting, gam dan cebisan-cebisan kertas 😅) ada komputer riba, kamera, layar putih dan banyak lagi untuk pastikan kelas atas talian saya berjalan lancar. Jenuh juga saya kena sediakan itu ini. 

Satu perkara penting apabila hendak menyusun atur meja kerja, saya kena pastikan persekitaran saya tersusun dan dapat dorong saya untuk bekerja dengan lebih produktif. Bagaimana? Itulah yang saya kongsikan dalam artikel terbaharu saya di Thread by Zalora. Artikel pertama saya di sana untuk tahun ini ditulis dalam bahasa Melayu dan telah diterbitkan pada 18 Februari 2021. Tahun ini, Thread by Zalora akan ada lebih banyak kandungan dalam bahasa Melayu.

Temujanji Mata | Nasi Kerabu Sedap

Rabu, Februari 24, 2021

Assalamu’alaikum.

Kelmarin, saya ada temujanji di klinik pakar mata. Positif je cakap kat Bott, musim-musim Covid ni rasanya tak ramai orang.

Sesampai je di Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh, muka saya macam dah kemek tengok orang yang beratur menunggu di luar. Tak boleh nyanyi lagu Zarul Umbrella macam ni. Ramalanku tidak benar belaka! Ya Allah, ramainya umat manusia! Baru je nak cari telefon untuk call si Bott, dia dah call terlebih dahulu. Dengan jelas dia hantar warning - Jangan terfikir nak lari balik! Saya dah penat pusing-pusing cari parking nih!

Tak proper ambil gambar kat hospital, tunjuk gambar kad appointment je lah 😊