Resepi Telur Dadar Ubi | Omelette with Potatoes

Jumaat, Mac 19, 2021

Gemar tak makan telur dadar untuk sarapan? Hidangan telur ini sangat mudah disediakan dan boleh kita pelbagaikan ramuannya mengikut selera. Antaranya tentu sahaja keju, hirisan tomato, hirisan kobis, lobak merah, jagung manis, bayam, sosej atau peperoni. Pilihannya tanpa batas, terserah selera.

Hari ini saya ingin kongsi resepi telur dadar ubi kegemaran saya. Saya menggunakan ubi kentang dan ubi keledek kuning. Kebetulan ada kedua-duanya di dapur. Selalunya saya akan buat guna ubi kentang sahaja. Kali ini biar bergabung keenakannya. 

'Keratan rentas' telur dadar ubi saya. Terliur tak?

Nursery Rhymes - Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Khamis, Mac 18, 2021

Hari ini kita nyanyi sama-sama ya! Five Little Monkeys Jumping On The Bed ini nursery ryhmes pilihan untuk aktiviti saya bersama ‘The Cenonets’ (Baca: anak-anak murid tuisyen saya 😊) minggu ini. Kelas saya masih dijalankan sepenuhnya secara online. Sekolah pondok saya memang dah lama tidak beroperasi. Alhamdulillah, saya dan ‘The Cenonets’ sudah semakin betah dengan cara ini. Malah ada juga ‘The Cenonets’ baharu dari lokasi dan negeri lain yang sertai kelas saya. 

Minggu ini untuk pronunciation class kita akan nyanyi lagu ini. Sebenarnya ada banyak chords lagu kanak-kanak dan nursery rhymes dalam simpanan saya. Tetapi, tak sempat nak dijadikan entri. Kekakangan masa buat semuanya tergendala. Alang-alang ada kesempatan ni, saya kongsi kord gitar mudah Five Little Monkeys Jumping On The Bed

Chord G7 boleh rujuk rajah yang di bawah ini. Credit goes to Justinguitar.  


Saranan aktiviti sebutan (pronunciations) untuk lagu ini. Fokus pada sebutan:

Hiasan Jurnal daripada Lebihan Kertas

Rabu, Mac 17, 2021

Baru-baru ini saya mengemas kotak yang berisi lebihan kertas di dalam bilik kraf. Biasanya, lebihan-lebihan kertas buat kad, buku skrap atau projek kraf kertas yang lain akan saya simpan dalam satu kotak. Sayang hendak buang sebab masih boleh digunakan lagi.

Disebabkan kotak tersebut sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk memuntahkan isinya, saya pun mulalah fikir untuk buat sesuatu dengan lebihan kertas yang ada. Benda paling mudah, kita buat hiasan untuk jurnal atau planner

Di bawah ini sebahagian kecil daripada lebihan kertas saya. Bayangkan bila dah banyak-banyak berkumpul sisa kertas begini, boleh sesak nafas juga dibuatnya.

Natural Peanut Butter 4nutz

Selasa, Mac 16, 2021

Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah bercerita tentang Dark Roasted Coffee Almond Butter. Dah lama habis dah. Jadi, tiba masanya untuk cari lepa kacang baharu. Semasa cuci mata di Shopee, ternampak Natural Peanut Butter 4nutz ini. Terus rasa tertarik untuk mencuba. Harga amat berpatutan dan ulasan pelanggan pun baik.

Satu lagi faktor yang mendorong saya untuk cuba beli produk ini, apabila diteliti ramuan yang digunakan, mentega kacang ini ada garam. Biasanya saya beli mentega kacang yang tiada gula dan garam tetapi si Bott tak lalu nak makan. Kosong dan kesat je mentega kacang tu pada dia. Yelah, kacang semata, kan? Dia kata tak kick untuk buat PB&J (Peanut butter and jam).

Jadi, beli yang ini bolehlah dia tumpang sekaki. 

Inilah mentega kacang yang saya beli. Apa yang saya suka, mentega kacang ini hanya akan dibuat oleh penjualnya apabila kita sahkan pesanan. Dapatlah fresh batch