Kegirangan ialah Bulan Seribu Rahmat
Sabtu, April 03, 2021
Assalamu'alaikum w.b.t.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.
![]() |
| Kredit |
Assalamu'alaikum w.b.t.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.
![]() |
| Kredit |
Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri.
Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi.
Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh watak Rangga (Nicholas Saputra).
Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.
Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.
Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.
Hari Ahad lepas saya luangkan masa di bilik kraf. Hari-hari biasa sibuk dengan kelas online, hujung minggulah baru ada ruang masa untuk aktiviti kegemaran saya - tulis jurnal, hias jurnal, hias scrapbook page dan buat embellishments (hiasan untuk jurnal dan planner).
Sudah alang-alang berada di bilik kraf, saya ambil peluang untuk siapkan beberapa pek kertas dan hiasan untuk jualan. Kebetulan stok embellishments di Carousell saya dah berkurang. Seperti biasa, saya fokus pada hiasan untuk junk journal. Saya sebenarnya agak terkejut dan tidak menjangka sama sekali akan ada permintaan terhadap hiasan junk journal ni. Ramai juga yang minat hias jurnal dengan vintage look/theme rupanya.
Okey, jom tengok apa yang saya berjaya siapkan.
#1 - Junk Journal Embellishments Pack - Music