Air Coklat Rendah Kalori

Selasa, April 06, 2021

Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.



Resepi Air Coklat Panas Rendah Kalori

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko. Saya biasa gunakan serbuk koko Van Houtten atau Hershey's.
  • 1/4 sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Penggunaan serbuk kopi segera ini bertujuan untuk serlahkan lagi rasa coklat.
  • 2/3 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • secubit garam
  • Pemanis tanpa kalori pilihan masing-masing

It's A Small World (Easy Guitar Chords)

Minggu lepas, sesi sing-a-long untuk kelas Bahasa Inggeris saya pilih lagu ini. It's A Small World antara lagu kegemaran anak-anak cilik saya. Selain daripada lagu Nak Tak Bina Orang Salji dan Let It Go (yang kami nyanyi dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia), It's A Small World kerap jadi pilihan untuk aktiviti 'karaoke' kami kerana lagu Disney yang ini turut kami dendangkan dalam versi Bahasa Jepun.


It's A Small World (Easy Guitar Chords)




             C                                    G
It's a world of laughter, a world of tears
              G                                    C
It's a world of hopes, it's a world of fear
                                                   C              
There's so much that we share
                 F                  Dm
That it's time we're aware
               G                          C
It's a small world after all

Terawih atau tarawih?

Isnin, April 05, 2021

Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.

Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.

Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊

Kegirangan ialah Bulan Seribu Rahmat

Sabtu, April 03, 2021

 Assalamu'alaikum w.b.t.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.

Kredit 


Memikirkan yang Ramadan bakal menjengah dalam masa terdekat ini buat hati benar-benar rasa teruja. Mudah-mudahan kita semua bakal diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan tetamu istimewa ini, memuliakan kehadirannya sepanjang tempoh sepurnama dia bersama kita.

Tahun ini, sekali lagi kita akan sambut bulan puasa dalam keadaan masih dibayangi wabak. Apapun, mudah-mudahan Covid-19 tidak akan menghindar kita daripada melaksanakan ibadah Ramadan sebaik-baiknya. Walaupun tahun ini, kebanyakan kita tidak dapat rentas negeri ziarah ibu bapa dan keluarga di kampung, meluangkan masa jalani ibadah Ramadan, bersahur, berbuka puasa, bertarawih bersama mereka ... sabar banyak-banyak ya. Insya-Allah, semua itu akan dapat kita kecapi semula bila tiba masanya.

Nama Lain bagi Bulan Ramadan

Sedikit perkongsian mengenai bulan Ramadan. Bulan ini turut dipanggil atau dikenali dengan beberapa nama lain (hal ini disokong dengan nas). Antaranya: