Air Coklat Rendah Kalori
Selasa, April 06, 2021
Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.
Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.
- 1 1/2 sudu besar serbuk koko. Saya biasa gunakan serbuk koko Van Houtten atau Hershey's.
- 1/4 sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Penggunaan serbuk kopi segera ini bertujuan untuk serlahkan lagi rasa coklat.
- 2/3 cawan susu rendah lemak
- 1 sudu teh tepung jagung
- secubit garam
- Pemanis tanpa kalori pilihan masing-masing
It's A Small World (Easy Guitar Chords)
Terawih atau tarawih?
Isnin, April 05, 2021
Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.
Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.
Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊



