Menu Sahur - Nasi Goreng Jagung Manis

Ahad, April 18, 2021

Salam Ramadan ke - 6.

Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.

Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.

Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis. 


Ini kalau Uncle Roger Youtube tengok ni, mesti bising mulut dia dok haiyaaa haiyaaa! Not Asian Fried Rice katanya. 

A Perfect Day

Khamis, April 15, 2021

Assalamualaikum. Bagaimanakah Ramadan kalian setakat ini? Moga semuanya baik-baik sahaja. 

Semalam semasa kelas online (saya masih tidak buat kelas bersemuka), salah seorang anak murid saya bertanya pada saya 'What is a perfect day?' Jelasnya, dia tonton salah satu animasi di TV dan watak di dalam cerita dengan ceria mengatakan 'It's a perfect day!' Lupa pula saya minta anak murid saya untuk gambarkan suasana atau babak bilamana si watak mengucapkan kata-kata tersebut.

Saya pun cuba menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan hari yang sempurna. Seringkas dan semudah yang boleh, dengan contoh sebanyak mungkin. Saya siap tekankan yang konsep 'perfect day' ini bergantung pada setiap individu. Apa yang sempurna bagi A, mungkin tidak bagi B. Ada yang perlukan sesuatu yang besar berlaku baru menganggap harinya sempurna. Ada juga yang sekadar menikmati perkara-perkara kecil dalam kehidupan, sudah boleh menyifatkan harinya berlalu sempurna.

 

Kebetulan ada gambar saya pegang hiasan jurnal 'perfect day' dalam galeri telefon. Rasanya, saya ambil gambar ni untuk sakat Cekengah 😄

Sudah Bersedia? Projek Kad Raya

Isnin, April 12, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu yang indah!

Beberapa jam sahaja lagi kita akan  menyambut ketibaan Ramadan. Sudah bersedia? Alhamdulillah, semoga kita dapat memulakan Ramadan dengan sebaik-baik langkah dan niat untuk perbaiki diri dari segala aspek. Bulan inilah hendak didik sabar, ajak kita supaya mensyukuri nikmat Tuhan yang kita terima saban hari dan menggalakkan kita agar buat seribu satu kebaikan. Mudah-mudahan, setelah Ramadan pergi, apa yang telah kita praktikkan, lentur kebiasaan dalam diri akan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya.

Tengok gambar ni, terusik pula hati. 😄

Chords Perpisahan - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)

Sabtu, April 10, 2021

Hari ini entri kord gitar lagi. Maklumlah, dua tiga hari lepas saya baru tukar tali gitar. Itu yang rajin lebih sedikit tu. 😊

Lagu bertajuk Perpisahan merupakan lagu bonus dalam album Khai Bahar - Damba Ketenangan (2021). Pertama kali dengar, terus telinga ni boleh terima. Lembut sahaja alunan suara Khai menyanyikan lagu ini, tetapi mesej yang disampaikan melalui Perpisahan amat dalam. Cubalah dengar sendiri ya.

Disebabkan dari malam tadi asyik humming lagu ni, selepas sarapan terus capai gitar tua saya. Tengok di Chordify dah ada yang chordified lagu ni. Saya pun teruslah transposed supaya jadi chords yang lebih mudah. 

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Perpisahan - Khai Bahar (Easy Guitar Chords)

Album Damba Ketenangan

Komposer : Rudy Nastia, Shamin Nazri & Adi Pawana

Penulis Lirik : Adi Pawana, Rudy Nastia & Shamin Nazri


[Intro]

Em C D G C

Am E B7