Menu Sahur - Nasi Lembik Ayam Cajun

Ahad, April 25, 2021

Terliur tak tengok ketulan ayam cajun air fryer saya?Belakangan ni kan ... rasa macam malas sangat nak masak! Saya bilamana penyakit malas tu datang bertandang, sampai ke tahap nak bakar roti pun tak larat! Jadi, otak ni akan laju berfikir untuk masak satu hidangan sahaja tetapi yang lengkap ada protein, karbohidrat dan serat. Malas-malas pun, misi saya untuk makan diet yang seimbang tidak boleh pandang remeh. 

Makanya, menu pilihan saya untuk bersahur baru-baru ini - nasi lembik ayam cajun. Masak nasi lembik dalam periuk nasi. Satu pot beras, tiga ke empat pot air (bergantung kepada hendak lembik macam mana). Kemudian, ayam cajunnya saya sediakan menggunakan air fryer. Senang. Boleh tinggal begitu sahaja. 

Nota: Semua ini saya sediakan sebelah malam ya. Bukannya masa nak bangun sahur tu. Ada yang sampai azan tak sahur sebab nasi lembik belum siap. 😂


Ayam Cajun Buncis dengan Nasi Lembik

Satu Hari di Hari Raya ini merupakan antara lagu raya yang legend bagi saya. Kalau dengar je lagu ni, semangat raya tu memang membuak-buaklah dibuatnya. Kord lagu di bawah versi mudah. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord dan Lirik Lagu Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir 

[Intro]

Am Dm G C-E Am


        Am

Satu hari di hari raya

        Am                     Dm      

kulihat cahaya bersinar indah

         G                C

langit cemerlang tak terkira

        Am             Dm

tanda kuasa Yang Maha Esa

         E             Am

memberi nikmat pada manusia


        Am

Satu hari di hari raya

        Am                     Dm      

kudengar irama yang sungguh indah

         G            C

kucuba mendekati padanya

      Am          Dm

kira irama itu adalah

       E               Am

suara pujian pada yang Esa

Sambal Uleg Finna

Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.

Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg. 

Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’

Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.

Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.

Sambal Uleg Finna
Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas.

Terus - Simfoni feat. Ezad Lazim

Jumaat, April 23, 2021

Sudah dengar lagu terbaharu kumpulan Simfoni? Sebelum ini, lagu kumpulan Simfoni yang saya suka dengar ialah Talbiah yang dikeluarkan penghujung Julai tahun lalu. Lembut mendayu je menerjah indera dengar. Penyertaan mereka dalam Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) bersama Afad melalui lagu Rahsia Dari Langit pun best! Apabila tengok ada kolaborasi terbaharu Simfoni dengan Ezad Lazim, terus saya klik pautannya. Bertambah berminat untuk dengar lagu ini memandangkan lirik Terus ditulis oleh Ito Lara.

Apa yang cuba disampaikan melalui Terus sangat dekat dengan situasi semasa yang kita alami sekarang ini. Dengan pandemik yang melanda, banyak pihak yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka berubah dan terpaksa bermula dari titik kosong demi meneruskan kelangsungan hidup. Perit mana pun, kita kena terus kuat tempuh kehidupan.

Antara bait lirik yang menjentik perasaan saya ialah:


Andai kepenatan kuasai diri

berehatlah tetapi bukan berhenti.