Fika dengan Homebaker@Clover Cinnamon Rolls
Isnin, Julai 12, 2021
Khamis lepas, Cekengah hubungi saya untuk maklumkan akan ada orang datang hantar cinnamon rolls. Adik saya yang seorang ni, dia memang ada satu perangai. Setiap kali makan kek atau desserts yang sedap, dia mesti akan teringat pada adik-beradik. Makan benda lain macam sate ke … stik ke … udang galah ke … dia tak ingat sangat pada kami hahaha. 😂
Lazimnya, apabila dah teringat kami tu, dia akan buat pesanan tambahan untuk dihantar ke rumah saya dan adik bongsu. Jadi, kami tinggal bersedia untuk terima kiriman kasih sayangnya di muka pintu dengan senyuman gembira dan ruang perut yang agak kosong.
Kali ini Cekengah belanja cinnamon rolls dari Homebaker@Clover.