Popcorn Air Fryer Mudah dan Jimat
Jumaat, Ogos 20, 2021
Salah satu cara mudah untuk menyediakan bertih jagung ialah dengan menggunakan air fryer. Bukan sahaja senang malah, saya anggap cara ini lebih jimat, lebih sihat. Kita boleh kawal bahan-bahan yang ingin kita guna sesuai selera dan pada masa yang sama, risiko popcorn hangit dapat dikurangkan.
Apa yang diperlukan untuk buat bertih jagung hanyalah biji jagung (corn kernel) dan air fryer. Untuk perisakan bertih jagung pula, bergantung kepada kalian. Saya akan ceritakan lebih lanjut di bawah.