Tips Dapur - Cara Simpan Halia, Kelapa Parut dan Susu
Rabu, Ogos 25, 2021
Hari ini saya ingin kongsi semula beberapa tips penyimpanan bahan-bahan masakan seperti halia, kelapa parut dan susu segar supaya tahan lebih lama. Faham-faham sahajalah dengan situasi semasa, kita masih tidak boleh kerap keluar untuk dapatkan barang dapur dan keperluan harian. Maka, bahan apa yang boleh dipanjangkan hayat dengan cara penyimpanan tertentu, kita usahakanlah ya.
- Halia
Di rumah ini, kami memang suka guna halia baik dalam masakan mahupun minuman. Jadi, insya-Allah tidak akan berdepan dengan masalah halia lama terbiar tidak digunakan sehingga mengecut dan mengering. Disebabkan banyak guna halia, saya biasanya akan beli halia dalam kuantiti yang banyak (lama sikit nama halia tidak akan muncul dalam shopping list) dan lakukan seperti di bawah ini.