Satu Per Dua Pandan Kelapa

Isnin, Ogos 23, 2021

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Belakangan ini, banyak pula produk makanan dengan perasa pandan kelapa yang dijual di pasaran. Biasalah, ikut musim, kan? Waktu keju tengah 'in', semua produk makanan diolah dengan keju. Begitu juga dengan telur masin. Sana sini kita nampak salted egg.

Dua produk pandan kelapa yang tengah hangat sekarang dan benar-benar menarik perhatian saya ialah Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut dan Gardenia Toastem Pandan Coconut. Memang semenjak nampak kedua-dua produk ini lalu-lalang di hadapan mata - di media sosial, di blog kawan-kawan, saya memang masukkan ke dalam senarai barang untuk dibeli. Siap lampirkan gambar sekali untuk Bott sebab dia yang keluar rumah beli barang. 

Baik roti mahupun coklat, dua-dua laku keras! Beberapa kali Bott keluar ke kedai, memang tak nampak bayang langsung. 

Alhamdulillah, baru-baru ini Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut mendarat betul-betul di depan mata Bott. Bott dah bersedia hendak membuat pembayaran di kaunter. Kebetulan ada seorang pekerja kedai datang dengan beberapa kotak di tangan ke bahagian tepi kaunter untuk restock coklat-coklat di situ. Guess what? Kotak pertama yang dibuka ialah coklat pandan kelapa Cadbury. 😁

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut

Ada rezeki merasa coklat pandan kelapa ni. Sedap atau tidak Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut? Sedap! Rasa pandannya lembut bergabung dengan coklat susu. Agak manis sedikit buat saya yang lebih menggemari coklat gelap. Tetapi, gabungan ini memang kena! Selain itu, apa yang paling saya suka mengenainya ialah kandungan kelapa parut yang mewah. Kita memang akan dapat nikmati kerangupan kelapa parut panggang dalam setiap gigitan. 

Sudah ada coklatnya, tidaklah kami nikmati sekali harung sampai habis. Bott buat roti bakar mentega kacang dan letak potongan-potongan kecil coklat ini di tengah. Saya pula bancuh air susu coklat panas dengan sentuhan pandan kelapa. Saya masukkan lebih kurang 20g coklat ke dalam susu coklat. Waktu-waktu cuaca dingin seperti sekarang, memang ngamlah minum coklat panas. Resepi air coklat panas boleh lihat di sini

Rasa-rasanya kalau buat tart Cadbury menggunakan perasa ini pun sedap juga, kan? Mesti selepas ini akan ada beraneka resepi atau produk makanan yang gunakan Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut. Macam Nutella dan Biscoff.

Alhamdulillah, satu per dua daripada keinginan pandan kelapa saya sudah dipenuhi. Lepas ni kita cari roti pandan kelapa pula. Bagi siapa-siapa yang belum rasa lagi coklat pandan kelapa ini, bolehlah intai-intai di kedai berhampiran kalian. 

Tulis entri ini, tiba-tiba terbayang keenakan Snickers White Limited Edition.


21 ulasan

  1. Hehe belum dapat rasa yang ini. Selalu lambat tunggu sejuk kadang-kadang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, NA. Tunggus sejuk dahulu pun tak mengapa. Tak penat mencari di rak jualan 😂

      Padam
  2. sedap kan? tapi lebih sikit manisnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Betul, agak manis sikit bagi saya.

      Padam
  3. Sedap! Saya suka. Manis tu boleh tahan juga. Saya pun makan sikit sikit tak habiskan sekali harung. Buat stok kalau teringin makan. Menarik jugak kalau coklat bergabung dengan Nutella dan Biscoff tu. Idea menarik gak kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha samalah kita. Buat stok teringin. Sorok-sorok coklat ni dari pandangan mata takut dalam pada manis-manis tu, akak terlajak makan.

      Haa... itulah. Orang sekarang kan kreatif, rajin olah makanan guna produk-produk baharu kasi viral 😉

      Padam
  4. Yang roti tu PC dah dapat makan, alhamdulillah suka dan memang sedap. Tapi coklat tu belum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada rezeki PC untuk rasa coklat ni nanti 😊

      Padam
  5. bende tgh viral..hahaha laju je lalu feed

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... lalu-lalang depan mata sampai dari tak teringin terus membuak-buak keinginan nak merasa 😂

      Padam
  6. keduanya pun saya tak sempat makan lagi. huhu. teringin roti toastem tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sebenarnya pun lebih teringin roti berbanding coklat. Lagi-lagi promo roti tu siap saran suruh bakar roti untuk rasa yang lebih enak.... moga ada rezeki kita esok lusa 😊

      Padam
  7. bermusim kan.. skrg musim pandan kelapa.. haha..
    yg roti sy dh rasa.. mmg sedap! sebungkus kejap je abs..
    yg coklat xrs lg.. yg Allah.. mesti sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayangkan kita makan coklat tu dengan roti sekali... yummeh!

      Padam
  8. Belum cuba lagi . Cadbury ni ada rasa2 pandan juga ke

    BalasPadam
  9. Semua betul cuba lagi. Biasanya orang lain dah puas makan, kita baru nak mencuba.

    BalasPadam
  10. wow! nampak sedap tapi kita tak pernah makan lagi flavour ni

    BalasPadam
  11. Memang sedap.. kelebihan dia pada bau pandan dan ketulan kelapa yang rangup didalam coklat.. memang asyik jadinya bila mengunyah.. 😋😋😋

    BalasPadam
  12. Kalau based coconut ni dah tahu mesti sedap! sebab saya coconut lover hehehe

    BalasPadam
  13. Dah banyak yang review ni, tapi saya tak beli beli lagi nak merasainya jugakk sebab tak pergi kedai hehehe.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.