Resepi Lempeng Kelapa yang Enak, Lembut dan Berlemak
Ahad, November 21, 2021
Sudah agak lama sebenarnya saya buat lempeng kelapa ini untuk hidangan sarapan. Lama peram dalam draf, baru sekarang terhegeh-hegeh buat entri.
Orang utara panggil peknga nyoq. Saya suka sangat aroma lempeng kelapa yang membangkitkan selera. Wangi satu rumah. Kebetulan, beberapa hari sebelum itu saya masak sambal tumis ikan bilis dan masih berbaki. Terbayang-bayang keenakan lempeng kepala panas yang dicecah dengan sambal tumis. Tak boleh jadi! Memang kena melempenglah jawabnya.
Salah satu tips untuk menghasilkan lempeng kelapa yang enak berlemak adalah dengan menggunakan parutan kelapa sederhana muda. Orang panggil nyiur kulit hidup. Isinya lebih manis. Barulah kawww! Tetapi, masa tu hendak melempeng baru hendak dicari kepala parut muda .... lupakan sahaja. Pakailah kelapa parut biasa yang ada di dalam peti dingin beku.
Lihat Cara Simpan Kelapa Parut di sini.
Selain itu, penggunaan air kelapa dan santan turut memainkan peranan supaya lempeng kelapa kita lebih enak. Tetapi, usah khuatir. Dua bahan ini sekadar ramuan tambahan. Kalau ada santan lebih di dalam peti sejuk tu bolehlah guna. Jika tiada, tak perlu pening kepala. Tanpa air kelapa dan santan pun lempeng tetap sedap. Kan kita sudah letak banyak kelapa parut.
Inilah lempeng kelapa saya.