Warna-warna Pastel yang Menggembirakan

Sabtu, Disember 25, 2021

Assalamualaikum. Apakah aktiviti kalian hari ini? Saya sepanjang hari ini di rumah Cekengah. Luangkan masa dengan Cekebon, tadah mulut rasa hidangan-hidangan yang Cekengah masak dan lepak santai di ruang menonton layan cerita-cerita Krismas dekat Netflix.

Cekebon sengal badan. Urutlah badan dan kaki bonda saya ni biar dia rasa selesa sedikit. Selesai mengurut, dapat ‘upah’ aiskrim kon UniCornetto. 

Cornetto Royale Unicornetto 🦄 
Assalamualaikum. 

Ayat ke 129, Surah At-Taubah ini seeloknya dibaca pada pada pagi dan petang sebanyak 7 kali semoga beroleh kemudahan dalam menjalani urusan kehidupan dunia dan akhirat.


Terjemahan: 'Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepada-NYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung'.


Dari Abi Darda' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca 'Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim' setiap hari pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah s.w.t. akan menolong kepentingannya sama ada masalah dunia atau akhirat.

(HR Ibn as-Sunni dan Ibn 'Asakir dan Abu Daud)

Marilah sama-sama kita amalkan.

Kegirangan ialah ... Kopi dan Brownut

Jumaat, Disember 24, 2021

 


Hapiness is ... by lastlemon


Coffee and cupcakes? Memang gabungan terbaik, kan? Saya tidak akan kata TIDAK pada secawan kopi dan sebiji dua kek cawan. Bayangkanlah kita santai-santai, duduk lepak dengan kawan untuk catching up session. Gosip gosip sikit. Hirup kopi panas yang berasap tipis sambil makan kek cawan yang manis berperisa. Indahnya!

Setin Roti Rosemary Secangkir Kopi

Khamis, Disember 23, 2021

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap kalian baik-baik sahaja. Cuaca masih tidak menentu dua tiga hari ini. Jaga diri baik-baik ya.

Di tempat saya sekarang agak sejuk. Tidak hujan tetapi dinginnya tu boleh tahan. Matahari main sembunyi-sembunyi di sebalik awan berat. Harap-harap kalau hujan nanti tidaklah lebat dan berterusan hingga mengakibatkan air naik.

Sejuk-sejuk begini alangkah indahnya kalau dapat makan roti yang panas-panas baru keluar oven. Lawan pula dengan kopi. Uishh, memang asyik! Perut tu pandai je berlagu minta diisi. Masalahnya malas nak bergerak! 

Buat-buat tak pedulikan perut, saya sort gambar dalam galeri telefon. Ternampak pula roti rosemary ni. Terus jadi bertambah-tambah lapar. Ini hidangan minum petang saya sewaktu bercuti minggu lepas. Setin roti rosemary panas dan secangkir cappuccino. Saya belum makan tengah hari. Memandangkan ketika itu tinggal beberapa jam sahaja lagi hendak makan malam, saya makanlah roti ini sekadar buat alas perut.


Roti Rosemary