Betulkan Halaman Buku Tulis yang Tercabut
Isnin, November 13, 2023
Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.
Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂
Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman.
Buku yang telah siap dibaiki. |
Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.
Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam.
Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.