Kad Ucapan Tahniah

Selasa, November 14, 2023

Antara entri blog yang semakin jarang saya tulis ialah entri berkenaan seni dan kraf terutamanya kad ucapan handmade yang saya buat. Selalu lupa hendak ambil gambar hasil akhir. Kadang-kadang tu, gambar sudah ada… saya lupa tulis entri mengenainya.

Kad ucapan tahniah ini telah saya siapkan beberapa bulan lepas. Belakangan ini memang tidak ambil sebarang tempahan kad. Insya-Allah, apabila ada kelapangan kelak, barulah buka untuk tempahan semula.

Congratulations Card

Bahagian hadapan kad.

Betulkan Halaman Buku Tulis yang Tercabut

Isnin, November 13, 2023

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.

Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂

Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman. 


Buku yang telah siap dibaiki.

Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.

Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam. 

Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.



Jom Bergelap 11 Minit!

Sabtu, November 11, 2023

Jangan lupa malam ini ya! 11 minit sahaja.

Jom padam lampu 11 minit!





11 November | Hujung Minggu yang Panjang

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Lama benar saya tidak bersiaran. Sibuk mengurus kehidupan konon-kononnya, tidak sempat langsung hendak menjengah blog. Balas komen dan blogwalking jauh sekali! Bersawang kaww kawww gamaknya tower saya ini. 😂

Apa khabar teman-teman semua? Mudah-mudahan okey dan baik-baik sahaja. Sepertiga November sudah berlalu, sekejap je, kan? Nanti tahu-tahu dah masuk 2024.


Deepavali dan Cuti Hujung Minggu 

Kalian ada sebarang plan untuk cuti tiga hari? Bagi yang pergi bercuti, selamat bercuti! Bagi yang balik kampung, selamat meluangkan masa di kampung! Bagi yang tidak ke mana-mana, sekadar berehat di rumah, santai-santai… selamat beristirahat! Relaks dan tenangkan diri puas-puas.

Dah bersarapan? Ini hidangan sarapan saya. Sudah beberapa hari teringin hendak makan pisang goreng. Pagi-pagi gigih bancuh bater. 😂

Pisang goreng rangup saya