Assalamualaikum. Ada siapa-siapa pernah makan Kepok Sedak Issey?
Asalnya, saya tengah scroll Shopee, mencari barang hendak dibeli. Terserempak dengan sesi live Kepok Sedak Issey. Tertarik pula tengok keropok lekor yang sedang dipromosikan. Kebetulan, ketika itu ada baucar diskaun RM10 sekiranya kita buat pembelian semasa sesi live.
Biasanya, saya beli keropok lekor di kedai lain. Sudah alang-alang ada diskaun, bolehlah cuba. Baca review daripada pembeli-pembeli, semua puji sedap!
Harga sepek RM13.90 untuk 20 potong keropok lekor yang disertakan sos pencecah biasa dan sos keju. Setelah tolak baucar, tambah kos pengeposan, tolak baki coins yang ada… dapat dalam RM6.++. Eh, why not? Buy now! Buy now! 😂
Keropok lekor, sos cili dan sos keju. |
Buat Sardin Gulung Rangup | Sardine Roll
Selasa, Februari 13, 2024
Sardin gulung atau sardine rolls ni memang saya suka makan. Dahulu, kalau jiran ada open order untuk sardin gulung frozen, mesti saya beli.
Sejak berpindah pada hujung 2022 (dan pindah sekali lagi Oktober 2023 😅), belum ada rezeki lagi nak makan sardin gulung. Tak jumpa pula kat area rumah saya ni. Teringinnya!
Disebabkan dah teringin sangat, terpaksa rajinkan diri untuk buat sardin gulung. Gigih tengok video cara nak gulung dan kelar-kelar kulit luarnya tu. Setakat inti sardin, boleh ikut cita rasa kita sendiri.
Inilah hasil kejayaannya.
Sardin gulung rangup. |
Tapai Pulut Daun Getah
Isnin, Februari 12, 2024
Assalamualaikum. Selamat menyambung cuti!
Ini kisah semalam. Rezeki saya dapat tapai pulut daun getah. Alhamdulillah. Rasanya, sudah agak lama saya tak makan tapai. Lagi-lagi yang dibungkus menggunakan daun getah sebegini.
Punyalah gembira apabila tapai pulut sampai ke tangan. Saya simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Tahan selera kejap. Dua tiga jam lepas tu, keluarkan lalu dimakan… nikmatnya!
Tapai Pulut Daun Getah |