Makan Kunafa di Sambal Hijau
Rabu, November 27, 2024
Sebenarnya, cerita makan kunafa ini sudah agak basi. Kisah bulan lepas. Selepas ziarah pusara Cekebon, saya dan Cekengah mencari tempat untuk bersarapan. Pada hari itu, ramai pula orang bersarapan di luar. Beberapa lokasi asal pilihan kami di TTDI penuh sesak dengan orang ramai.
Malas hendak pusing-pusing lagi kerana perut sudah benar-benar lapar, kami menghala ke Sg. Penchala. Pergi makan di Sambal Hijau. Saya okey sahaja. Kebetulan sedang teringin makan gulai kulat sisir. Alhamdulillah, ada rezeki jumpa gulai itu di sana.
Setelah selesai makan, Cekengah terpandang kedai kunafa. Selain menyediakan ruang untuk vendor meletakkan produk makanan, pihak Sambal Hijau sublet ruangan kedai mereka kepada seorang penjual kunafa. Pilihan kunafanya banyak. Rambang mata juga dibuatnya.
Kunafa Coklat
| Kunafa coklat dengan taburan kismis dan serbuk pistachio. |
