Coklat Pistachio Royce
Isnin, Julai 08, 2024
ROYCE Pistache Chocolat | Minggu lepas, tengah bosan di rumah, tiba-tiba mulut terasa sunyi. 🤣 Apa lagi, selongkar pantrilah jawabnya. Tengok apa yang ada, buat teman mulut sunyi. Nampak kotak hijau, terus saya senyum lebar.
Coklat pistachio ROYCE ini coklat bermusim. Tidak silap saya bulan enam sahaja coklat ni buat kemunculan istimewa. Sempena keraian hari bapa. Semasa pertama kali rasa coklat ni tahun lepas, saya terus jatuh cinta.
Saya bukan penggemar tegar pistachio. Senang cakap, pistachio bukan perasa pilihan utama saya kalau beli aiskrim, coklat atau pencuci mulut. Ada, saya makan. Tiada, saya tidak cari.
Tetapi, kalau coklat pistachio ROYCE ni memang saya tidak akan tolak! Suka sangat. Dalam banyak-banyak produk pistachio, inilah yang paling saya suka… yang akan saya grab kalau lalu depan mata.
Beginilah rupa coklatnya. Kecil sahaja. Dalam bentuk bar memanjang. Bahagian luar ialah salutan coklat susu, coklat pistachionya di tengah.
Pistache Chocolat |
Shakshuka | Sarapan Tahun Baharu
Ahad, Julai 07, 2024
Yuri tengah bobok. |
Menikmati Braised Lamb Shank di Alwi’s Food
Sabtu, Julai 06, 2024
Braised Lamb Shank di Alwi’s Food | Cerita makan lamb shank sedap ini sudah agak lama. Waktu itu saya teman Cekengah bawa anak kucingnya, Rhea pergi vet di Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh. Alang-alang sudah berada di sana, Cekengah ajak makan di Alwi’s Food.
Restoran ini milik Chef Alwi. Pernah jugalah saya tengok Chef Alwi dalam salah satu rancangan di televisyen. Kali ini dapat jumpa chef in person dan nikmati masakannya.
Kami pelanggan pertama untuk pagi itu. Memang sampai ngam-ngam time mereka baru buka kedai. Kami disambut mesra oleh Chef Alwi sendiri dan pekerja-pekerjanya. Cekengah pernah datang makan tengah hari di restoran ini bersama rakan-rakan sejawatnya. Rezeki Cekengah dapat complimentary drink of her own choice. Kira minuman pilihan Cekengah hari itu percumalah. Alhamdulillah.
Tidak silap saya, Cekengah pesan Cream Custard Strawberry Frappe Zass. Ini pula minuman saya, Iced Hazelnut Latte.
My hazelnut latte |