728 x 90

Ahad, 6 April 2014

Resepi Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih ini banyak kegunaannya. Selain digunakan dalam penyediaan lauk-pauk, minyak ini sesuai dijadikan 'marinade' untuk perap ayam ataupun 'dressing' untuk salad kegemaran kalian. Bagi yang suka makan pasta, setelah pasta direbus dan ditos, titiskan minyak ini -- gaul hingga sekata bagi medapatkan aroma bawang putih yang menyelerakan.

Cara penyediaannya sangat mudah.


Resepi Minyak Bawang Putih (untuk 1 cawan)

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan Extra Virgin Olive Oil

Cara-caranya:
  1. Kupas bawang putih dan tumbuk sedikit. 
  2. Masukkan bawang putih dan Extra Virgin Olive Oil ke dalam periuk kecil. Masak atas api sederhana selama lebih kurang 3 minit.
  3. Apabila bawang putih mula bertukar warna menjadi keperangan, perlahankan api. Masak lagi selama 10 minit.
  4. Setelah siap, biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. (Boleh tahan selama 1 - 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.)

Inginkan sesuatu yang mudah untuk minum petang?
Hidangkan minyak bawang putih ini sebagai 'dipping' untuk dimakandengan roti bakar atau scone :)

Cuba lihat Resepi Jeruk Bawang Putih pula di sini.

2 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...