Rabu, Julai 16, 2014

Resepi Mudah - Ikan Goreng Sambal Taucu

Jom cuba resepi ni. Senang sangat! Ikan digoreng hingga garing kemudian kita lawankan dengan sambal taucu yang pedas-pedas masin.

Ikan Goreng Sambal Taucu


Resepi Ikan Goreng Sambal Taucu

  • 6 - 8 ekor ikan selar kecil (garam & kunyitkan, goreng sehingga garing)
  • 8 biji cili merah (buang bijinya)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar taucu (tanpa airnya)
  • sedikit jus limau kasturi
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara:
  1. Goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
  2. Kisar cili merah dan bawang putih dengan sedikit air. Tidak perlu terlalu hancur.
  3. Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis cili yang dikisar tadi. Masukkan taucu. Biarkan seketika.
  4. Perasakan dengan jus limau mengikut citarasa. Simbahkan kuah sambal taucu ke atas ikan.

Sedap tau! Terangkattt!


6 ulasan:

  1. Ramai bloggers yang rajin & pandai masak.
    Salute kat u olzzz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak masuk kategori rajin / pandai.
      Masak utk survival...boleh tak? heheheh

      Padam
    2. tapi cara ko masak utk survival,...aku boleh tambah 2/3 pinggan nasi!

      Padam
  2. Ros jarang masak yang berasakan toucu...

    BalasPadam
  3. menu ni pun nampak sedap giler..tambah nasi bila makan menu ni kak..heheh..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.