Layan Blues dengan Bislor

Selasa, Disember 23, 2014


Hari ni seharian tak nampak matahari. Dari pagi gerimis tak berhenti. Sejuk-sejuk begini, nak buat apa pun tak ada mood. Macam nak berkelubung bawah selimut dan bobok je. Dalam pada tu risau juga, harap-harap boipren bernama Mr. Asthma tidak datang menjengah. Nafas dah mula acah-acah rasa sempit ni. 

Tengah blink-blink fikir apa nak buat, saya pun masuklah ke zon selesa kegemaran saya. My kitchen! Mata roaming cari apa nak buat untuk dimamam. Sebab mood tak berapa nak best, saya buat Bislor! Bislor i.e. biskut + telur ni ala - ala comfort food buat saya. Dulu-dulu kalau bad mood ke, demam, tak ada selera nak makan ke,..selalu rengek Cekebon buatkan Bislor. Ada orang suka makan biskut tawar dengan susu pekat dan Milo kan...haaa saya kurang gemar yang itu. Too sweet for me. Tapi kalau biskut dengan telur, saya tidak akan tolak!

Bislor untuk minum petang saya :)

Resepi Bislor Cekebon
Saiz hidangan: 1

  • 4 - 5 keping biskut tawar (pecahkan kepada dua atau empat)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong dan buang biji)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili hijau. Kemudian, masukkan biskut. Biar sehingga biskut soggy sedikit kena minyak. 
  3. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Tuangkan telur ke atas biskut. Biarkan seketika.
  4. Gaul rata. Agak-agak telur dah masak dan biskut dah lembik, boleh angkat.
  5. Makan begitu sahaja atau nikmati dengan sedikit sos cili.

Selamat Mencuba!


65 ulasan

  1. mula2 saya heran apa bislor ni, lepas tu nak gelak pun ada bila awak ckp bikut dan telor, lepas tu saya terfikir... eh why not kan... cuba sesuatu yg baru hehehe... kreatif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Eny...boleh buat tukar2 selera. Bagi saya, yang menambahkan sedapnya bislor ni, cili hijau tu :)

      Padam
    2. haah memula ingtkan kak farah memain je BisLor tu hehe

      Padam
    3. Akak tak taulah kalau ada nama lain utk resepi ni...heheh tapi kat rumah ni memang kitorang panggil bislor je ;)

      Padam
  2. tak pernah makan lagi bislor ni. hihihi. resipi akak sendiri ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Omak akak punya resepi. Tak taulah dia belajar dari mana :)

      Padam
  3. trpernah tgk roti 4 segi ni di masak.. soggy tu apa kak

    BalasPadam
  4. owh, baru tau bislor = biskut+telur. hehe. makan pun tak pernah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh ni meal bodo-bodo je, Cik Fafa. Cubalah :)

      Padam
  5. Tak pernah dengar...menarik gak boleh cuba ni...tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure, Nik. Nanti cubalah buat ye...buat makan-makan sambil tengok tv ke...untuk minum petang ke,..

      Padam
  6. baru dengar resepi ni akak.. sedapnya.. semoga asma tak hinggap. memang sejuk cuaca skrg

    BalasPadam
  7. Erkkkkk..inilah comfort food tengah malam yang GENIUSSSSS

    #projek2ribu

    BalasPadam
  8. biskut+telur ehhh..cam pelik pulak biskut digoreng bersama cili.. hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik ye...cubalah Zati. Best! Tapi guna cili hijau tau....

      Padam
  9. Balasan
    1. hikhik malulah nak kirim biskut tawar je kat Khaty :)

      Padam
  10. hehe. ape rase dia ea? selalu cicah kopi je kalo biskut tawar ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau nak tahu apa rasanya, cubalah buat barang sepiring dua :)

      Padam
  11. macam sedap je kak...!! nak try lah nanti tq for sharing kak.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem, Ina. Nanti try la buat ye...kasitau akak Ina suka ke idak :)

      Padam
  12. Eh macam menarik laa bislor nih...makan ngn nasik ehhh...leh try nih...hihihiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak Deanna. Makan begitu sahaja. Ala-ala makan nestum hihihi

      Padam
  13. kak farrah.. ade tak agaknya orang buat menu makan kat kedai masakan ni hehehe.. nak try la kalau ada kelapangan or bila demam nanti.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg demam dulu ya CT.. baru dpt makan bislor ni hihi

      Padam
    2. Heheh tunggu akak bukak kedai makan, confirm Bislor antara appetiser utama ;)
      Zarul & CT, nak bislor tak yah tunggu demam OK. Bukak je tin biskut tu,..then buatlah apa yang patut.

      Padam
    3. nak demam daaaa ni hujan tak berenti.. tido pun tak bukak kipas..

      Padam
    4. Take the greatest care of urself ye, CT.

      Padam
  14. harap en.boipren tak datang serang la.. susah nanti.. huhu
    sya tak pernah campur telur digoreng dgn biskut,selalu biskut kosong mcm ni cicah atau sapu coklat ja..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2nya begitulah Nana. Kat sini malam sejuk melampau dah akak rasa.
      Haa,..apa kata cuba buat bislor ni...mana tahu berkenan pula nanti :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Go ahead...nanti inform akak kena tak dgn taste Scha :)

      Padam
  16. wah, first time dengar orang makan biskut campur telur. macam menarik je. ^^, nak try la esok. hehehe....

    moga2 encik athma tu x datang ler.. saya pun x nampak bayang matahari harini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, Amy. Yummyyyyy!
      Thanks, dik. Setakat ni en. asthma main peekaboo je heheh

      Padam
  17. Kalau boipren Mr Asthma tu..harap x jengah sampai bila-bila lah:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boipren yang ini biar intai2 dari kejauhan je,...akak rela hihihi

      Padam
  18. BisLor... selalu biskut tu buat cicah dengan milo or tea ja.. berkeping2 habis... selera yang hamat.. kalau bislor ni, apa ntah lagi.. adehh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut cicah memang tak pernah hampakan kita. Tau2 dah abis kan... :)

      Padam
  19. Balasan
    1. Alhamdulillah, boleh buat kudap2 bila gatal gigi :)

      Padam
  20. simple dan sangat menarik..insyaallah ada masa nanti nak juga wana try..mesti sedap ni kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalah dengan tekak akak. Nanti Wana dah cuba, kasi tau ye :)

      Padam
  21. Bislor? ingatkan resipi apalah tadi..kiranya letak minyak sedikit je kan supaya kurang berminyak..sis JM jenis pemalas...mkn biscuit kering cicah air milo pun dh terasa sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, sis. Tapi jangan sikit sangat pulak. Nanti biskut tu tak lembut. Seeloknya guna minyak zaitun atau minyak sayuran seperti canola/bunga matahari.

      Padam
    2. Ala sis,..resepi ni kira resepi orang malas lah ni. Orang rajin kalau lapar, masak sedap2 extravaganza :)

      Padam
  22. Ritu kak farah kate telo biskut... ni ke?? Oh my... ase cm pelik je kak... cmne asenye tuu

    BalasPadam
  23. eh tka pernah tahu pun resepi ni. tak pernah try goreng biskut pun. menarik ni. ni yang suka belek resepi kak Farrah ni.. ada yang baru :)

    BalasPadam
  24. Bahan2 tu macam biasa guna buat telur hancur kat umah ni tapi tak ada lah biskut.. pasni nak try lak tambah biskut. dah bayang rasa sedap macammana. XD

    BalasPadam
  25. akak minyak biasa tak leg guna.. mesti rasa lain kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.