Assalamualaikum. Selamat Hari Rabu! Moga-moga kalian semua sihat dan baik-baik sahaja. Cuaca sekarang tidak menentu. Kalau panas, panas sangat. Tiba-tiba boleh hujan lebat, pakej dengan ribut petir sekali. Apa yang penting jaga diri ya.
Hari ini di kawasan saya panas terik. Hendak memandang ke luar pun tidak larat lama-lama. Teriknya sampai menyilaukan mata. Waktu-waktu beginilah mula teringin hendak sesuatu yang dingin lalu di anak tekak. 😁 Saya buat aiskrim pisang tiga minit!
Betul. Aiskrim pisang ini paling mudah. Tiga minit sahaja siap. Dengan syarat, kalian ada pisang yang telah didinginbekukan terlebih dahulu.
Di rumah ini, pisang memang antara makanan wajib beli setiap kali beli barang dapur. Sebahagian besar daripadanya dimakan begitu sahaja, dijadikan cucur pisang, buat baked oat, biskut oat sihat 3 bahan atau lempeng oat dan pisang. Selebihnya, memang saya akan kupas kulit, belah kepada beberapa bahagian supaya menjadi ketulan-ketulan kecil dan simpan di dalam peti dingin beku. Sangat berguna apabila kita hendak buat smoothie pisang atau aiskrim pisang.
Bukan sahaja mudah dan cepat disediakan, aiskrim pisang ini dikira rendah kalori. Bolehlah makan lebih sedikit tanpa rasa bersalah.
Aiskrim pisang 3 minit rendah kalori saya 😄 |
Okey, jom tengok resepi!
Resepi Aiskrim Pisang Rendah Kalori
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Beberapa biji pisang yang telah didinginbekukan (frozen banana chunks)
- Sedikit susu untuk dapatkan konsistensi aiskrim yang diingini. Pilihan susu terserah cita rasa masing-masing. Hendak guna susu segar boleh, susu penuh krim pun boleh. Saya biasa gunakan susu rendah lemak, susu badam atau susu soya tanpa gula. Semua sedap!
Langkah-langkah penyediaan:
- Kisar ketulan pisang beku bersama sedikit susu di dalam pengisar. (Penggunaan susu cukup sekadar untuk membolehkan bilah pengisar bergerak sahaja. Jika guna terlalu banyak susu, nanti jadi susu kocak pula.
- Kisar selama tiga minit (atau lima bergantung kepada pengisar masing-masing) sehingga ketulan pisang hancur dan tergaul sekata dengan susu membentuk tekstur aiskrim yang diingini.
- Pindahkan ke dalam mangkuk. Sedia untuk dinikmati!
Rajinnya Farah
BalasPadammesti sedappp
Bolehlah buat lepas-lepas craving, Cik Nur 😊
Padamwahhh mudah je resipi ni.
BalasPadamGombak pun panas teruk hari ni.
BalasPadamKalau utk anak2 PH taburkan choc rice suka depa :)
uish..mcm sedap je. leh try ni
BalasPadammacam sedap dan menarik untuk dicuba ni..
BalasPadamWah boleh cuba ni ..
BalasPadambetul cuaca hujan panas ni kadang2 bt badan rasa nk demam.. sedapnya kalau dpt makan
BalasPadamMenarik! Boleh cuba nanti.
BalasPadamResepi yang mudah.. Kalau tabur kacang atas dia mesti lagi ngam..
BalasPadamBaca resepi tengok gambar terbayang sedap dia. Sama pisang antara buah wajib tapi kalau xsimpan tak sempat buat apa dah habis. 😂
BalasPadam