Selasa, November 17, 2015

Resepi Biskut Kepingan Kacang Rangup



Biskut Kepingan Kacang Rangup


Paras rupa macam tak senereh sikit, tapi apabila dah masuk mulut, memang tak akan berhenti mengunyah. Biskut kepingan kacang rangup ni teksturnya nipis. Selalunya saya akan letak adunan dan leperkan rata-rata di atas dulang hingga nipis. Bakar. Setelah dibakar barulah saya pecah-pecahkan kepada kepingan kecil. Mudah sikitlah kerjanya. Tak perlu nak bentuk-bentuk, tak perlu nak sudu-sudu.

OK, jom tengok resepinya. Portion untuk satu batch yang kecil. Insya-Allah akan dapat dalam dua dulang besar. Kalau nak banyak, double kan sukatannya ye.


Resepi Mudah Biskut Kepingan Kacang Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
  • 2 biji putih telur Gred A
  • 65g gula kastor
  • 25g marjerin/mentega yang dicairkan
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen kopi/esen strawberi (Ikut citarasa kalian. Saya pakai esen kopi. Itu yang warnanya agak gelap.)
  • secubit garam

Bahan B
  • 50g tepung gandum, diayak terlebih dahulu
  • 50g kepingan/hirisan badam
  • 50g biji bunga matahari (sunflower seeds)

Langkah-langkah Penyediaan: 
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga semua gula larut diikuti dengan garam, esen dan mentega cair. 
  2. Masukkan tepung ke dalam adunan. Akhir sekali masukkan badam dan biji bunga matahari. Kacau sehingga semuanya sekata.
  3. Ratakan aduanan ke atas dulang yang telah dialas dengan baking paper/silicone paper. Bakar  pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Adunan akan bertukar kuning keperangan. (Saya punya jadi coklat gelap sedikit sebab warna dari esen kopi.)
  4. Sejukkan di atas redai. Sedia untuk dikunyah! :)

Selamat Mencuba!


Psst! Sekiranya nak buat biskut yang lebih presentable, ambil satu sudu kecil adunan, letakkan ke atas dulang. Ratakan mengikut bentuk bulat/memanjang menggunakan bahagian belakang sudu. Terpulang. Boleh juga guna biji labu, biji melon dan kacang hazel.


51 ulasan:

  1. Ermm nmppk sdp sgt ni sis..kerangupannya teserlah..aishh blh try ni

    BalasPadam
  2. Salam singgah petang farah...nampak memang kerangupannya ni farah...sedap lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut ni memang rangup, Diana. Rapuh dan nipis :)

      Padam
  3. rajinnyer., sedapp tuu biskut kacang rangup

    BalasPadam
  4. salam farah
    kaknoor pun teruja tengok biskut mcm nk buat je lah sbb bahan rasa nya semua dah ada sbb benda yg berkcang gini mmg fav sngt ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor pun suka biskut2 berkacang ni ye. Buatlah Kak Noor..tengok berapa lama biskut ni boleh tahan dalam balang ;)

      Padam
  5. aduhai farah... jeles nyer!
    aida ni kayu skit bab buat cookies & kek ni.
    jeles nyer !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh tak mengapa Aida,..mehla datang sini..saya belanja biskut sampai kenyang :)

      Padam
    2. kalau la dekat farrah :( hu hu hu...

      Padam
  6. makan krup krup krup sdap tu... Yummy!

    BalasPadam
  7. Nipis sahaja ker...agak2 berapa yang elok... (Rajinnnya....)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nipis sis Fida. Kira kita ratakan pakai belakang sudu sampai leper. Agak2 tebal kacang dan seeds tu je. Tapi janganlah sampai nampak dulang. Sebab kalau tebal, dia tak rangup sangat. Silap2 jadi kenyal dan chewy.

      Padam
    2. yes bila nipis = rangup.
      sedap nak makan krup krup krup.

      Padam
  8. Tengok mcm sedap jee..leh pinjam resepi nie..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan,..silakan. Nanti nam dah cuba kongsi ye suka ke idak :)

      Padam
  9. kenapa hidung sy asik terbau biskut femes amos je ni???? ;-)

    BalasPadam
  10. kunyah diam-diam ni habis sedulang seminit neh..mihmihmih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha betoi2.. benda2 macam ni tau tau je dah habis kan..

      Padam
  11. nampak seddap betul biskut kepingan kacang tu walaupun hanya dalam gambar, kak farrah :-)

    BalasPadam
  12. kalau makan laju ja ni..tapiii klu nak membuat, hurrrrmmmmmmm tu lagi panjang...he.he.he

    BalasPadam
  13. waaaa...waaaaaa....sambil lap air liur...adehhhhh....sedapnyaaaaaa hahahha

    BalasPadam
  14. pakai biji bunga matahari... yang lain semua ada, yang tu ja yang tak da...

    hurmh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehem ehem.. kalau buat nanti iols nak sebalang..
      jangan nak ngelat k.. nanti kita jumpa iols tuntut hahaha..

      Padam
  15. Yehuuu thanks share kak Farrah... Mesti harum semerbak mewangi kalau pakai kopi kan... Yummeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat eh KTC pastu post kat yana sikit. heheh yana malas nak buat

      Padam
  16. biar paras rupanya begitu janji masuk mulut seeeeedap =D

    BalasPadam
  17. Klu ganti dgn walnut atau biji kuaci tu lg syok makan.. Tk nampak org keliling.. Haha

    BalasPadam
  18. nampak mudah dan sedap , cuma perlukan kerajianan yang tinggi

    BalasPadam
  19. rangup - boleh buat untuk FL ni. mesti die suka

    BalasPadam
  20. Sedap dan rangup.. Rajin farrah..

    BalasPadam
  21. Mudah sangat resepinya kena cuba buat la nanti

    BalasPadam
  22. gune putih telur ye
    hmm ayu dpt baygkan rasa dia mcm mane tuu...
    mmg sedap walupon ayu xpenah makan ni
    tapi ade biskut yang mmg gune telur putih tu tu
    mcm macaroon pon sama

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.