728 x 90

Jumaat, 20 Januari 2017

Carabiner untuk Shopping

Baru-baru ini semasa saya dan Bott bersiap-siap nak keluar, si Bott kecoh carabiner dia hilang. Sibuk menggagau cari ke sana ke mari, tak ingat dia letak mana. Tak tahu apa itu carabiner? Ni salah satu contohnya,..


Carabiner ni selalu digunakan untuk outdoor activities. Tapi, kami berdua bukan nak keluar buat aktiviti-aktiviti mencabar macam climbing ke apa. Kitorang nak pergi shopping je. Heheheh. Yes, pergi shopping pun kena ada carabiner tau! Barulah tenteram jiwa nak berbelanja sepanjang hari.

Kebiasaannya apabila kami berdua keluar beli barang-barang keperluan, memang akan pergi satu area yang boleh dapat semua barang yang dikehendaki. Senang. One stop je. Then, dengan misi konon-kononnya nak sihat (dan capai target berjalan sekurang-kurangnya 10,000 tapak sehari), kitorang akan park kereta jauh-jauh dan mula menapak shopping itu ini.

Masalahnya, bila barang-barang dah banyak, mulalah tangan tu sakit. Lagi-lagi kalau tempat yang kita pergi tu jenis troli tak boleh lepas garisan, tak boleh dibawa keluar dari kawasan kedai,..maka terkedek-kedeklah berjalan dengan tangan kanan dan kiri menjinjing barang-barang. Boleh lelas tapak tangan dibuatnya! Dan masa beginilah akan nampak si Bott jalan senget macam ketam terkehel bahu sebab bawa barang berat tak balance. Dia guna sebelah tangan je. 😃

Solusinya, carabiner. Tak perlu beli carabiner mahal dan berkualiti yang ada di pasaran. Beli yang murah. Janji boleh berfungsi. Saya selalu cari di Mr. DIY je. Harganya cuma seringgit lebih. Apa fungsi carabiner dalam aktiviti shopping kami? Haaa...tengok gambar di bawah.

Carabiner saya warna purple 😁

Selalunya bila bawa barang yang banyak dan berat, saya akan cenderung untuk berhenti sekejap, letak barang, rungut-rungut sedikit, tarik nafas, ambil barang semula,...and it goes on and on

Jadi, keluarkanlah carabiner. Masukkan plastik-plastik atau beg shopping kalian ke carabiner. Tutup klip dan pusing skru. Dah boleh bawa barang-barang with ease. Tangan pun takkan berbirat dengan kesan tangkai beg sebab sekarang kita pegang pada carabiner. Pembahagian berat barang-barang lebih sekata.

Di atas tu gambar saya sewaktu memulakan hari shopping kami. Dalam beg biru, ada 2 botol Tupperware 1.5 liter dan satu flask air kopi panas kegemaran saya. Kemudian, ada plastik barang-barang yang diborong kat Mr. DIY. Untuk saya yang pemalas angkat barang ni, air tu je dah dikira beban yang cukup berat! Selalunya bawa air ni kerja Bott. Tetapi adanya carabiner, kurang sedikitlah cengcong saya. Masih maintain, boleh lompat-lompat main tingting lagi (Okay, ini tipu! 😆) tanpa rasa terbeban. 

Setiap kali beli barang, klipkan sahaja pada carabiner. Mudah kan? Plus, kita tak perlu risau barang-barang yang dibawa terjatuh/tercicir.

Useful, right? Haa,...tunggu apa lagi. Pergilah cari carabiner untuk kalian seorang satu 😃😉😁



25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Kalau ikut pengalaman saya setakat ni, tak. Rasa bawa barang berat tu memanglah ada. Tetapi, jari dan tapak tangan tak sakit sebab instead of dijerut tali beg dan plastik, kita pegang besi carabiner tu :)

      Padam
  2. laaaa.. bende alah ni nama dia carabiner ke? huhu. baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihih dapat belajar ilmu baru :)

      Padam
  3. saya biasa panggil bende ni "penyakut" je. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tahu ni pun Intan sebab tengok kat TV, ada mentioned pasal carabiner untuk outdoor activities :)

      Padam
  4. ok baru tau nama benda tu carabiner. kesian kan saya :')
    pasni nk beli jgk lah. thanks for sharing kak farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Jangan lupa simpan satu dalam beg shopping. Senangggggg :)

      Padam
  5. eh laaa kreatifnya akak..Zarith dulu ada dapat free tapi mana ntah perginya sebab fikir takde gunanya huhu...penting juga untuk mak-mak ni huhu

    BalasPadam
  6. hehehe... comel je.. slalu carabiner ni pakai untuk outdoor activities

    BalasPadam
  7. Wahh banyak jugak fungsi carabiner ni. Hehe.

    BalasPadam
  8. Baru kenal pulak benda alah ni.. Haha. Kreatif sunggoh dlm problem solving ye. :D

    BalasPadam
  9. Farrah, kat DIY pernah nampak jenis plastik yg lagi besar. kalu carabiner kecik macam ni mungkin akan sakit tgn jugak kan?

    BalasPadam
  10. duk panggil penyakut jah.. memey kena cari gak nanti ni hihihihi

    BalasPadam
  11. Assalam kak farrah tak ernha terfikir pon ini boleh guna untuk shopping

    BalasPadam
  12. dulu pernah tgk ni kat tali flying fox hahahhahaha

    BalasPadam
  13. oh..carabiner nama dia.mula-mula baca ingat kak Farrah nak join mummy julia g panjat gunung.

    BalasPadam
  14. Baru tau namanye.. Teringin gak nk beli tp bila brng bnyk terasa sakitnye jadi jemari cikna yg lembut ni,huhuu... Sdhnye cikna ingt nk cari trolley besi makcik2 je...;-)

    BalasPadam
  15. tq farrah.
    good idea.
    mr.asben aida rajin explore diy tau.
    nanti nak suh dia carikan.

    BalasPadam
  16. Kalau sis JM x boleh guna carabiner ni sbb? X cukup! Beg plastik selori ahaahah

    BalasPadam
  17. Jadinya sis JM beli beg shopping..sumbat semua. Eg plastik dlm shopping bag tu pastu sangkut kat bahu..belakar dari SS dan HH

    BalasPadam
  18. baru tau nama dia carabiner..ok laa kan, mesti barang tak tertinggal atau hilang di mana2, semua ada kat pencangkuk tu..

    BalasPadam
  19. boleh praktikn ni.. tp skg xleh pki plstik da kak farrah

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...