Selasa, Jun 30, 2020

Kad Hari Lahir | Birthday Cards

Sepanjang tempoh berkurung di rumah, selain di dapur dan ruang menonton, (jadi couch potato marathon tengok TV shows back-to-back) masa saya banyak dihabiskan di dalam bilik kraf. Saya tulis jurnal, hias jurnal, buat scrapbook... masa terluang yang ada inilah digunakan untuk memory keeping. Selama ini, gambar dan barang-barang untuk scrapbooking makin hari makin menimbun saya lambakkan atas meja kerja. Terbiar begitu sahaja. Tak jumpa masa yang sesuai untuk duduk potong-potong, tampal-tampal dan hias-hias ni. 


Alang-alang dah kemas bilik kraf tu, saya buat inventori untuk kad-kad ucapan yang masih ada dalam simpanan saya. Selalunya, apabila selesai buat kad, saya masukkan je dalam kotak khas. Kali ini terlebih rajin. Saya susun ikut kategori. Senanglah nanti apabila perlukan kad ucapan, saya tahu mana yang sedia ada untuk digunakan, mana yang kena buat.


Di bawah ini, ada lima keping kad ucapan hari lahir. Apa yang buat saya puas hati sangat, kad-kad ini saya hasilkan menggunakan lebihan kertas-kertas yang ada. Lazimnya apabila saya buat kad, hias jurnal atau scrapbook, pasti akan ada jalur atau lebihan kertas-kertas bercorak yang berbaki. Semua itu akan saya simpan dalam kotak khas. Ada masa lapang, saya akan tengok balik cebisan-cebisan kertas tersebut dan cuba guna mana yang boleh untuk buat kad ucapan yang simple. Tak adalah membazir. Sayang tau kalau kertas cantik-cantik dibuang begitu sahaja.
 
Saya memang sengaja buat kad hari lahir lebih sedikit berbanding biasa. Rasanya birthday cards yang saya selalu guna. Buat titip pada kawan-kawan sekolah, teman kampus dan kenalan sebagai tanda ingatan. Jarang jumpa mereka, sekurang-kurangnya saya cuba untuk ingat hari istimewa mereka. Jadilah kan...ada juga markah untuk effort di situ hehehe. Tak adalah diorang sentap saya asyik 'tenggelam' dan missing in action sahaja.
 

Material yang saya gunakan kebanyakannya bahan-bahan biasa dan senang diperoleh - clear stamps, craft punches, journal cards dan bahan utamanya lebihan kad dan kertas bercorak. Senang hati apabila dapat surutkan kandungan kotak kertas scrap saya. Macam mana? OK tak kad-kad di atas?


19 ulasan:

  1. cantek.. jimat belanja kalau boleh DIY sendiri. Yang penting lebih di ingati hasil kerja nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lebih istimewa sikitlah kad buat sendiri ni.

      Padam
  2. Memang kreatif dan penggunaan semula lebihan kertas-kertas cantik tu bagus..
    Tidak membazir dan maksimum penggunaannya..
    Bila mix and match akan jadi lebih unik dan cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang memang kalau nak buat kad ke apa ke...akak akan guna lebihan kertas yang ada dulu. Kalau tak, jenuh nak simpan cebis2 kertas yang berbaki.

      Padam
  3. Rasanya boleh ambik tempahan jual kad ucapan fizikal mcm dulu2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang sekarang dah kurang kad fizikal ni, Cikgu. Lebih gemar versi digital 😊

      Padam
  4. memang jarang tak cantik hasil craft kak farah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tengok tang yang tak jadi, dik. Huhuhu boleh murung dibuatnya 😊

      Padam
  5. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    BalasPadam
  6. suka singgah sini mesti dapat idea macam macam tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah jalan-jalan sini. Akak amat hargainya 😘

      Padam
  7. cantik2 n kreatif👍👍👍👍👍

    BalasPadam
  8. tak pernah x cantikla kad kad Kak Farrah buat =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak pernahnya, Siti. Cuma tak sanggup nak tunjuk kat sini 😂

      Padam
  9. Comel sangat kad birthday ni kak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.