Sabtu, Disember 12, 2015

Ala Martabak Manis

Salam Jumaat.
Ini kisah minggu lepas sebenarnya.
Saya tengok rancangan pasal pelancongan di Indonesia.
The host pergi jalan-jalan sana sini sambil cuba pelbagai makanan best di sana.

Tiba-tiba terliur tengok martabak manis. 
Terus craving!
Martabak manis ni apam balik yang diletakkan inti serba manis - coklat, cheese, jem, kaya...
Ada macam-macamlah!

Disebabkan teringin sangat, waktu tu juga saya selongkar peti sejuk.
Nak cari resepi apam balik, malas...
Makanya, kita guna je resepi pancake.
Untuk inti saya guna coklat cip dan parutan keju Cheddar.

Tabur dengan cip coklat dan parutan keju secukup rasa :)

Inilah lempeng ala martabak manis versi FAMF Tower. Jadilah, buat lepas rasa teringin hehehe.  Bila keju dan coklat cip tu dah cair,...fuhhhhh! Enak bangattttt! Maaf, rupanya setelah siap berlipat kalian kena imagine sendiri. Tak sempat snap. Setiap kali siap pancake tu,..saya dan Bott makan kat tepi kuali tu jugak ;)


Resepi Pancake Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 cawan susu
  • 2 biji telur
  • 2 sudu  besar minyak canola/bunga matahari. Boleh juga guna 2 sudu besar marjerin/mentega yang dicairkan.
  • 1 sudu teh esen vanila


Langkah-langkah Penyediaan
  1. Sekalikan semua bahan kering di dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Gaul hingga sekata.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul susu, telur, minyak dan esen vanila hingga sebati. Kemudian, masukkan ke dalam bahan kering dan gaul hingga sekata hingga menjadi adunan yang tidak berketul/bergumpal.
  3. Panaskan non-stick frying pan. Guna api yang sederhana. Tidak perlu guna minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali leper. Jika mahu lempeng yang nipis-nipis seperti yang saya buat, ratakan sedikit permukaannya.
  4. Apabila tekstur permukaan atas lempeng kelihatan seperti ada lubang-lubang kecil macam bubles, bolehlah diterbalikkan pancake dan biar seketika hingga masak.
  5. Hidangkan dengan sirap mapel dan mentega, jem kegemaran atau chocolate sauce. Ikut citarasa masing-masing.

Psstt! Hujung minggu ni, insya-Allah saya datang bertamu ke blog kalian. Jumpa nanti :)


142 ulasan:

  1. hehe... kalu dh sedap tak dan la nk snap yer... masak jer terus masuk mulut.... :)

    BalasPadam
  2. mula2 saya terbaca murtabak, hihi.
    ooo macam apam balik je. nampak sedap inti yg akak buat tu, coklat cip dgn keju! perfect combination

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh u can never go wrong with chocolate and cheese :)

      Padam
    2. Nasib baik tak terbaca Mubarak Majid... Apa kejadahnya Mubarak Majid dalam kuali kan... Kah kah kah....

      Padam
    3. hahahha mubarak majid ye SS , boleh pulak ke situ ..

      Padam
    4. sis JM lak baca tajuk entri ingatkan Jari Manis...rupanya SALAH

      Padam
    5. Adehhh memang something wrong la kalau Mubarak Majid ada dalam kuali :)

      Padam
    6. Amboi, sis JM! Martabak Jari Manis ye :)

      Padam
  3. amboi, kat tepi kuali dah makan..tak sempat masuk pinggan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe sempat keluar dari kuali masuk pinggan. Tapi tak bergerak dr situ sebab tunggu lempeng seterusnya masak ;)

      Padam
    2. hahahha, aroma nya memikat sangat la tuu

      Padam
    3. nasib baik bakal mak mertua tak nampak..jika tak eheheeh...sambung sendiri

      Padam
    4. Hahahah scene makan tepi kuali ni mak mertua memang tak boleh tengok!

      Padam
    5. Kalau dah tertengok kena pandai cover la kak

      Padam
  4. Balasan
    1. Huhuhu teringin punya pasal, dik. Jauh bebenor nak cari sampai ke Indon :)

      Padam
  5. Blh buat sarapn pagi ni...nmpk mudah n cpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah, Lya. Confirm bertenaga sepanjang hari sebab dah makan manis2 waktu pagi :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Memang sedap, raihanah. Bolehlah buat kudap2 :)

      Padam
  7. Pehh, macam-macam resipi baru sekarang. Mesti manis gila :O

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha . sama la yana.nak gelak jugak baca komen SS - :)

      Padam
    2. Hehehe Farah, memang manis. Tapi akak rasa tak semanis snek yg Farah pernah share di blog tu. Apa namanya tah,..,

      SS punya komen memang tak sah kalau tak cuit hati kita kan :)

      Padam
  8. haha..turun2 kuali terus ngap eh. tu dah membayangkan erti sedap dan menyelerakan. tak dan tunggu. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh Ros & Yana, tu melambangkan tahap lahap yang sukar dibendung.

      Sis JM - yesss, dah lapar bebenor, kesantunan sudah tiada ;)

      Padam
  9. kelmarin ros buat kerepek roti canai. sedappp. roti canai tak abis ada 2 je. so mcm tak cukup plak. hahaha.tq sharing idea n resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerepek roti canai sedap eh teruji diri seniri pulak hehehe

      Padam
    2. Dah terpikat dengan kerepek roti canai ye, Ros. Sedap kan,...krup krap krup krap tau2 dah abis! Yang penting kita tak bazir. Untung berganda gitu!

      Padam
    3. Sis JM - Cubalah. Memang best. Dap dap dap!

      Padam
  10. eh komen kerepek roti canai kat post martabak manis plak.. hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. resepi farrah tu JM - teringat tu yg buat 1st time. gunting roti canai tak abis yg disimpan dalam peti sejuk tu goreng je. pastu tos minyak tabur gula sikit dan mkn. sedap .

      Padam
    2. pastu siap terpikir lain kali beli lebih2 roti canai supaya tak abis pastu simpan peti untuk buat kerepek. saja2 .hehe

      Padam
    3. Wah, Ros! Sampai nak beli extra roti canai tu nak buat kerepek! Sedap kan,..saya sejak tahu buat kerepek dah tak risau klu ada roti canai lebih di rumah ;)

      Padam
    4. Sis JM - Tak susah pun nak buat. Tu Ros dah terangkan.

      Ros - It's ok. Komen kat mana2 pun boleh. Tak de hal :)

      Padam
    5. kat rumah roti canai tak pernah tak habis XD

      Padam
    6. Baguslah,..kat rumah akak by petang mesti dah tak laku :)

      Padam
  11. makan panas2 di tepi kuali memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik bukan kat tengah kuali... Kah kah kah...

      Padam
    2. Betul sis Nohas, memang best kan :)
      SS, kalau kat tengah kuali nanti melecur montot!
      Sis JM, janganlah terus masuk mulut! Tiup2 dulu bagi sejuk :)

      Padam
    3. yana ada jugak buat tak sabar nak rasa cenggitu la XD

      Padam
    4. Hihihi by the time orang lain makan, kita dah kenyang :)

      Padam
  12. Ala..buat wana teringin jga la tengok kak farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, resepi akak dah bagi. Cubalah buat. Kalau nak lagi best, cari resepi apam balik. Then, tambah manisan sebagai inti :)

      Padam
  13. salam kak singgah jeling martabak manis ! hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jeling Jari Manis eh Yana

      Padam
    2. W/salam, yana. Nak jeling martabak boleh, nak jeling Cik Jari Manis pun boleh :)

      Padam
  14. Makan kat tepi kuali? Sama macam Firah...

    Bila dah siap semua, orang lain baru nak makan.. Firah dah kenyang.. haha.. buruk nau perangai

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaaa dah tahu perangai buruk Firah...haahahh..jgn ckp kat org lain sbb sis JM pun sama

      Padam
    2. Hahaha samalah kita. Saya lagilah kalau sorang makan tepi kuali tepi sinki. Abis makan basuh2 apa yg patut, selesai :)

      Padam
  15. Salam singgah sini Farah...sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah, Diana. Alhamdulillah, dap dap dap! Lepaslah rasa teringin tu :)

      Padam
  16. Kalau biasa panggil ni teran bulan Farah...selalu jual kat sini dorang letak inti dia kacang tanah dan gula...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. diana!!! Teran bulan? pesal pelik sangat namanya

      Padam
    2. Teran bulan ke terang bulan? Hihihi di semenanjung dipanggil apam balik :)

      Padam
  17. Hari tu diana nak buat tapu tak menjadi...terjdi lempeng lah pula...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu baling dinding mana satu pecah? Dinding or lempeng? He he he

      Padam
    2. nak buat tapu? ni typo jangkit dari sis JM ke

      Padam
    3. nasib baik jadi lempeng kalau jadi cokodok tak ke haru

      Padam
    4. Hehehe jadi lempeng pun sedapppp! Asalkan kalau dibaling ke dinding, dinding tak pecah,..masih selamat dimakan :)

      Padam
  18. SS pernah rasa masa kembara ke Padang Indonesia... Yes! Rasa dia agak menarik juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa menarik kena makan dan nikmati betul2 tu SS :)

      Padam
    2. Ada banyak perasa kan, SS? Haaa SS mesti dah rasa sebab SS & HH rajin try food kalau travel :)
      Sis JM - rasa tu mamam la hihihi
      Ros - Yess, yg sedap dan menarik perlu dinikmati betul2. Baru syiokkkk!

      Padam
  19. Cikgu Ceketed punya murtabak nampak sedap jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu baru nampak sedap...kalau dah makan..hurmmm berganda2 sedapnya

      Padam
    2. Mehla datang sini. Saya buatkan sekeping yg besar sorang satu :)

      Padam
    3. Haaa SS apa lagi Kak Farrah dah offer tu sila sila

      Padam
    4. Bisa bisa,..nanti kita open table ye :)

      Padam
  20. Esok dah boleh bukak meja payung... Niaga depan umah... Cekebon tukang jaga kunci kira2... He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. otak menega ni.. jangan ada yg terilham resepi baru bila baca ni.. laku kalau jual.. benda baru biasa cepat je laris

      Padam
    2. Hahaha bab Cekebon jaga kunci kira2 tu bahaya. Cekebon hati lembut, tak leh niaga. Nanti satu kampung dia belanja :)

      Padam
    3. farrah....xpe...nti dapat untung di akhirat hehehhe

      Padam
    4. Hihihi itulah yg kitorang adik beradik selalu cakap, sis D. Bon niaga utk saham akhirat :)

      Padam
  21. kiranya cam masak apam balik lah eh..x perlu nak balik kan supaya sebelah lagi masak..lipat terus nyum!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau terbalikan, nanti melekatlah coklat ngan cheese kat kuali..:P..

      Padam
    2. Betul cakap Syida tu. Dah tak jadi martabak manis,..jadi martabak melekat di kuali ;)

      Padam
  22. biasa org sebut Murtabak ke Martabak eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantam sajalah bu.. Asal tak bunyi mentadak.. HAHAAHAAA

      Padam
    2. Kalau ikut sebutan biasa kita panggil murtabak, tapi spelling betul ikut DBP, martabak :)

      Padam
    3. Yessss, selalu masuk peksa tuh! :)

      Padam
  23. Akak ni bukan saja pandai berkraf, pandai betul mereka resepi..memang otak kreatif. Rasa nak ja pindah sebelah rumah akak.. HAHA.. hidu je bau sedap, terus datang ketuk pintu.. haahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai adik-adik,..setakat resepi campak2 camni tak de super duper kreatipnya. Tapi kalau pindah sebelah umah akak bagus gak. Sorang leh tolong cuci pinggan, sorang lagi leh tolong cuci baju ;)

      Padam
    2. farrah...sy cuma boleh tlg masak kari jerr....agak2 boleh jugak x pindah umah sebelah hahahha

      Padam
    3. Boleh je,..bab kari, kita serah pada yg pakar!

      Padam
  24. ada cheese tu yang tak menahan tu >,< adoi yumm yumm

    salam kenal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, Mommy Cici. Hehehe ada cheese memang tergugat iman ;)

      Padam
  25. Balasan
    1. Memang memikat selera! Akak masa tengok host tu makan kat tv, terliur habis! :)

      Padam
  26. Balasan
    1. Memang sedap, sis Fiza. Cubalah buat tukar2 selera :)

      Padam
  27. Hahah..terus makan tepi kuali ke kak farah? tutup api tak? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe api tak tutupla sebab sambung melempeng lepas satu,..satu :)

      Padam
  28. kalu gn keju romano?

    ekekeke tingat kepsi ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh keju romano tak de dlm peti sejuk. Tak leh mal feeling2 kfc :)

      Padam
  29. martabak..memang kegemaran sesetangah masyarakat malaysia..martabak dlm blog ada kelainan ..nampak lembut sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Martabak dan apam balik memang antara kudapan yg digemari ramai kan :)

      Padam
  30. menarik, sudah terasa kemanisan tu...kalaulah dapat merasainya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, aRz. Buatlah special request kat orang rumah :)

      Padam
  31. tengah bayangkan nih. pergh dapnya. sambil xmenyempat makan tepi kuali tu. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi martabak ni memang tak menyempat sampai ke meja makan :)

      Padam
  32. sy pernah buat apam balik mcm ni...mmg kena mkn tepi kuali....hahahahhaha

    BalasPadam
  33. wah membangkitkan rasa lapar di petang hari..

    BalasPadam
  34. mai blogwalking pagi2.. perut lapaq takdak makanan nak breakfast.. adeh Kak Farrah..

    BalasPadam
  35. Sedapppp! Makan dengan ice cream ke lagi sedap nyum nyummm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, tengah bayang makan martabak ni dengan aiskrim. Dapnya!

      Padam
  36. Amboi tk menyempat makan tepi kuali. Hehehe. Aina pun kalau dh teringinn. Angakt terus makan. 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Method ni kita namakan 'kuali thru' heheheh ala2 drive thru ;)

      Padam
  37. wahhhh sedap2.. hishh btmbah lapar ni.huu

    BalasPadam
  38. Sedap sangat sampai tak sempat nak snap gambar tu farrah..

    BalasPadam
  39. ok tu ayu xdpt bygkan coklat n cheese
    tapi kalau coklat n peanut pon sodap gak kan kak farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.