Khamis, Disember 03, 2015

Hoot! Hoot! Obrigado, Ros!

Apasal pulak dah macam burung hantu ni? Dapat agak tak?

Inilah hadiah burung hantu saya!
Tali tu sebenarnya cantik je lilit kotak. Saya engsot-engsotkan sedikit nak bagi nampak perkataan Congrats.

Hoot!Hoot! Hadiah ini ialah hadiah misteri yang saya menangi untuk Segmen Kembara Misteri Burung Hantu anjuran Sis Ros Nordin. Saya hormati permintaan Ros untuk tidak kongsi berkenaan 'hadiah misteri' yang diberi. Apa hadiahnya biarlah antara kami berdua. Bak kata Ros, senang dia nak buat GA lain nanti. Tetapi dengan izin, saya terbitkan entri ini untuk express gratitude saya atas kotak/bungkusan dan isi kandungan yang diterima :)


Satu kotak penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Tengoklah all the crafty stuff di dalam kotak tu. Senyum lebar saya keluarkan setiap satu barang. Hasil kerja Ros cantik, teliti dan kemas. Rasa teruja dan terharu sangat kerana Ros sanggup bersusah payah sejauh ini untuk hasilkan hadiah misteri yang sempurna :)

Terima kasih, Ros. Obrigado! {Kita cakap bahasa Portugis pula} Gembira kerana berpeluang untuk berkenalan dengan Ros. Moga ukhuwah yang terjalin ini akan bertambah erat, berkekalan dan dirahmati Allah. Saya doakan setiap hari yang Ros lalui akan lebih baik, lebih ceria, lebih tenang dan bahagia berbanding hari sebelumnya.

Naik Bloggers' Board

Duduk elok-elok ye kat situ :)

Jom ramai-ramai intai Ros dan cakap hai! --> Blog Ros Nordin

Psst! Cekebon dengan muka bersahaja ambil kotak tu isi sampul surat DIY dia. Sorry, Bon. This one is a NO-NO! Nanti akak kasi kotak lain.


93 ulasan:

  1. hhehehe...comel kotaknye tuhhh.....tahniah farrah....bestnyer dpt hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Sis D. Comelkan kotak tu. Saya masa bukak dah senyum meleret-leret :)

      Padam
    2. kalau sy jd cekebon pun mesti tanpa rasa bersalah amik kotak tu jugak...hahhahaha

      Padam
    3. Hahahahah cekebon kalau tahu ni mesti dia happy ada orang sokong dia ;)

      Padam
  2. semoga berjaya teruskan usaha ya

    BalasPadam
  3. Wah betullah. sangat kemas hasil kerjanya. saya pun tersenyum lebar kalau dapat~ :-D

    BalasPadam
  4. Allhamdulillah... kreatif bangat.... cantik... tahniah sis

    BalasPadam
  5. Wah, cantiknya hadiah misteri dari Sis ROS :) Ni yg jeles ni.. :)

    BalasPadam
  6. Wahh tahniah kak memg mistri punya hadiah hhehe

    BalasPadam
  7. Cantik n comel.. Tahniah kak farah..")

    BalasPadam
  8. halamakk...malu i.. hehehe.. tq farrah tumpang bloggers board.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala tak perlu malu, Ros. Hasil kerja Ros memang tiptop. Boleh jadi sumber idea pada kami yang menengok ni :)

      Padam
  9. Tq atas doa farrah.. semoga ukhwah terbina mekar selamanya.. heee

    BalasPadam
  10. salam kak farrah ! cantik semua stuff2 kat dalam tu!!!
    Kak ros sangat kreatif dan murah hati, moga Allah limpahkan rezeki pada keduanya ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam si halus lembut,..memang cantik semuanya kan,...aminnnn. Terima kasih atas doanya :)

      Padam
    2. saya tolong aminkan... Aminnnnn.. :D

      Padam
    3. amboi kak farrah terpengaruh benar dengan kak huda hehehe :')

      Padam
  11. waaaaaarrghhhh best tuuuu tahniahhh

    BalasPadam
  12. Tahniah sekali lagi kak farrah! huhu sememamng mesteri yang penuh dengan kasih sayang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Yana. Memang misteri penuh kasih sayang :)

      Padam
  13. geng2 kreatif ni.. jeles tgk org rajin.. hahahah

    BalasPadam
  14. tahniah, best dan cantiknyer !!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, eyja. Memang cantikkk! Memang super duper best!

      Padam
  15. Balasan
    1. ktc .. sedap ek nama tu Farrah Aida :) hihihi

      Padam
    2. Iya, KTC. Tu sebab pendek2 kan nama jadi FAMF ;)
      Ros, ada beberapa orang lain yg namanya sama macam saya tau. Ejaan pun sama.

      Padam
  16. Alhamdulillah, tahniah tau... Syok laa dapat stuff shomellllll.... :'D

    BalasPadam
  17. salam kenal..

    so creative.. memang cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, azian. Terima kasih sudi ke mari :)

      Padam
    2. ehh...kak Azian ada kat sini ;p kena JM x?

      Padam
    3. sapelah yang tak kenal JM. semua orang kenal JM

      Padam
  18. Salam singgah sini Farah...cantiknya hadiah misteri yang Farah menangi tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Diana. Memang cantik semuanya :)

      Padam
  19. Tahniah Farah....semoga sentiasa di murahkan lagi rezeki..

    BalasPadam
  20. Tahniah ..farrah.. bertambah collection yer :)

    BalasPadam
  21. cantiknya.. rajin ros buat hadiah diy sendiri

    BalasPadam
  22. comel, cantik dan kemas hasil kerja dia.. tahniah farah..

    BalasPadam
  23. kotaknya memang cantek dan kreatipppp.
    Suka giler dengan kotak tu

    BalasPadam
  24. Tahniah Farrah kerana menang segmen ni...pemenamg dipilih secara ranom kan..so kira Farrah mmg bertuah

    BalasPadam
  25. sis JM scroll down atas ke bawah cari burung hantu...x de pun ;p

    BalasPadam
  26. hadiah misteri enggan di kongsi? x pe Farrah...kalau kongsi nanti sis JM nak kang susah hihihih

    BalasPadam
  27. harta karun!!!! penuh kotak...kreatif jgk si Ros Nordin ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. geng geng Kak Farrah ni kretip.. kasi suruh CT buat.. hancus =P

      Padam
  28. suka ayat ni "Precious are at things that come from friends"

    BalasPadam
  29. eheheh this kind of present are always great =D

    BalasPadam
  30. Cantiknya hadiah tahniah kak farah

    BalasPadam
  31. first baca tajuk entry ni tetiba teringat kat Odaiba.....hihihihihihih

    BalasPadam
  32. tahniah kak Farrah...... bestnye dapat..hadiah akak saya xpost lg... ad pemenang tak bagi details lagi... tunggu kak..hihihih

    BalasPadam
  33. Tahniah! Anda sememangnya layak... cewahhh... ha ha ha...

    BalasPadam
  34. Kreatifnya.. tahniah menang..

    Amboi cekebon..

    BalasPadam
  35. waaaaaahhh bersinar2 ayu tgk kotak tu kak farrah
    cantiknyeeee

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.