Selasa, Januari 05, 2016

Resepi Jejari Keledek Paprika

Hari ini saya kongsi satu resepi mudah untuk kunyah-kunyah. Jejari Keledek Paprika. Kalau tak ada keledek, guna ubi kentang pun boleh.

Jejari Keledek Paprika

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • Beberapa biji keledek (bersaiz kecil/sederhana) dipotong memanjang macam fries. Rendam dalam air garam untuk seketika. Tus hingga kering.
  • 2 - 3 sudu besar minyak zaitun atau canola
  • 1/2 - 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1/2 - 1 sudu teh serbuk paprika
  • garam halus secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Rebus keledek hingga empuk. Tetapi jangan terlalu lama kerana tak mahu jadi mushy sangat. Tuskan air rebusan. Biarkan keledek sejuk sebentar.
  2. Selepas itu, letak keledek ke atas dulang pembakar. Masukkan minyak zaitun, serbuk paprika, serbuk lada putih dan garam. Sukatannya agak-agak ye. Bergantung pada kuantiti keledek. Kemudian gaul sekata sehingga minyak dan bahan lain menyelaputi keledek. Ratakan sususan keledek. Jika boleh jangan bagi bertindan supaya setiap jejari keledek dapat dibakar dengan sempurna.
  3. Bakar pada suhu 190 - 200 darjah celcius selama 30 - 45 minit, bergantung pada oven masing-masing. Hasilnya, kita akan dapat jejari keledek yang rangup berempah di luar dan lembut di dalam.
Selamat Mencuba!

Jika tidak mahu bakar atau guna oven, jejari keledek ini boleh digoreng. Buat bater menggunakan tepung gandum, serbuk lada putih, serbuk paprika dan garam. Abaikan minyak zaitun. Celupkan keledek ke dalam tepung dan goreng hingga warna bertukar keperangan.

Psstt! Minggu ini saya agak sibuk sebab kelas tuisyen saya dah mula. Nanti, ada masa saya akan datang berkunjung untuk blogwalking dan balas komen-komen kalian semua. Sekarang ni tengah 'gigih' buat senarai blogwalking dan siapkan hadiah untuk beri pada rakan-rakan blogger. Sabar ye,...

46 ulasan:

  1. Macam wedges, rebus dulu jangan terlalu lembut. thanks for sharing tak tetfikir pula guna oven, healthy kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, BP. Bila kita bakar, dapat buat the healthier version compared to deep fry :)

      Padam
  2. Salam singgah sini Farah...wahh...sedapnya...boleh buat kunyahan ni sambil tengok tv...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawan pula dengan kopi atau teh panas,...memang terangkatttt :)

      Padam
    2. dengan kopi ..fuhhh..sedapnya sambil2 lepak petang..hehehe

      Padam
    3. Memang tambah terangkat ni Farah kunyah jejari keledek paprika ni sambil minum kopi panas...hihi

      Padam
    4. Ros, Diana,...jom ngopi sama2 :)

      Padam
  3. thanks share resepi. boleh jd juadah minum petang

    BalasPadam
  4. singgah nak amik resepi. boleh tak... tu keledek oren tu kan..

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing. boleh cuba nnt ni..

    BalasPadam
  6. Teh serbuk paprika? First time ni saya dengar, kak Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi bukan..bukan. Serbuk paprika. Sukatannya satu sudu teh/sudu kecil :)

      Padam
  7. salam kak buat minum petang memang terbaik ! :)

    BalasPadam
  8. sy pernah try buat nihhh.....mmg sedap......tp sy tabur tepung jagung skit....tabur2 cenggitu jerr....so jd ranggup kruk krak....hahhaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good idea! Kira tabur macam tu jelah, Sis D? Tak yah nak celup telur bagai? Nanti nak cubalah.

      Padam
    2. haah...tabur mcm cenggitu jer...xyah celup....tp xdel aa rnaggup sesagt...tp stil ranggup bila panas2...hehehhehe

      Padam
  9. berkenan dgn alas meja tu . nampak unik ...

    BalasPadam
  10. selalu goreng je.. boleh try ni. :)

    BalasPadam
  11. keledek tu x kisah kan warna purle or oren janji keledek kan kalau ganti ngan ubi kayu boleh tak ke kurang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keledek tu tak kisah warna apa tapi ubi kayu saya tak pernah cuba panggang lagi, sis. Nanti kita cuba ye :)

      Padam
  12. Nmpk sdp sgt ni kak..buat kudapan perhhh nyaman

    BalasPadam
  13. nyum3... keledek panas cicah dengan sambal kicap..sedapnya :)

    BalasPadam
  14. ala, yang lain2 tahu dah, apa pula serbuk paprika tu. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di bahagian rempah. Macam serbuk cili tapi tak silap akak paprika ni dibuat drpd cili benggala.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.