Sabtu, Mac 05, 2016

Acrylic Stamping Block

Antara peralatan kraf asas yang perlu ada ialah acrylic stamping block. Acrylic stamping block didatangkan dalam pelbagai saiz. Kepunyaan saya ini, agak besar. Berukuran 102mm X 102mm X 8mm


Apa kegunaannya?
Untuk apa?
Clear Stamps and Cling Stamps
Pernah jumpa tak stamps yang tanpa pemegang seperti di atas? Pek sebelah kiri dan tengah dipanggil clear stamps manakala di sebelah kanan pula dipanggil cling stamps (material dan tekstur seperti rubber stamps biasa). Memandangkan stamps ini leper, tiada pemegang, acrylic stamping block is needed to hold the stamp/s in its place.

Cara-cara nak menggunakannya sangat mudah. Mula-mula, kita buka plastik yang protect stamps tu. Keluarkan stamp yang ingin digunakan. Untuk tutorial ini, saya nak pakai stamp panji-panji kecil. Letakkan di atas permukaan acyrilic block sebagaimana yang kita mahukan. Clear stamps mudah dilentur, nak sengetkan sikit ke,..nak lengkungkan sikit ke,..terpulang. Ikut kreativiti masing-masing. 


Tekan-tekan sikit supaya stamp tu melekat kuat pada block. Setelah berpuas hati dengan kedudukan stamp, bolehlah kita apply ink. Pastikan ink disapu sama rata supaya setiap perincian stamp akan dapat diterjemah ke kertas dengan baik dan cantik. Tetapi, jangan terlalu banyak pula dakwatnya ye. Nanti sememeh!

Sudah didakwatkan :)
Tekapkan stamp. Gunakan pressure yang sama supaya kita dapat cetakan yang sempurna. Di sini, ciri acrylic block yang lutsinar penting untuk membolehkan kita lihat kedudukan stamp. Mudah nak agak bahagian mana nak kita cap,..ke kiri ke,..ke tepi ke... Rasa-rasa dah OK, angkat block perlahan-lahan.



Hasilnya,..



Setelah siap digunakan, lap stamp dengan wet tissue untuk hilangkan sisa dakwat. Boleh baca tips berkenaan ini di sini. Kemudian, lekatkan semula stamp pada plastik asal.

Harga block ini tidak mahal. Affordable. Ikut saiz dan ketebalan. Boleh cari di Popular. Setakat yang saya jumpa, di POPULAR hanya ada dua saiz. Saya punya block berharga RM14.90 manakala yang kecil lebih kurang RM8. Tidakpun, cuba dapatkan secara online. Cari IG Shop yang jual stationeries atau keperluan kraf especially untuk planner addicts. Jika anda ada stamps sebegini dan tiada acrylic block, jangan risau. Cari apa sahaja permukaan plastik jernih seperti bekas CD atau penutup balang plastik kuih raya. It will serve as good as the acrylic block :)

Psstt! Boleh baca lebih lanjut mengenai clear stamps di sini dan di sini.



31 ulasan:

  1. aritu jumpe yg besar & panjang kat popular.. harga tak ingat..

    farah pakai ink ape utk stamps tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu beli pigment ink kat Popular. Selain tu, saya pakai jenama VersaColor :)

      Padam
  2. nampak post ni dekat dashboard, terdetik di hati ni... ehhh.. Kak Farrah dah balik.. pas tu baru teringat, auto publish... T_T

    BalasPadam
  3. ohhh ! lagi senang guna acrylic kan.. senang nak nampak.. senang nak cuci...

    BalasPadam
  4. kalau saya tu kompem comot..adorelah hasil craft sis ni..kena cari aura gak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita.. saya pon kalau buat kerja memerlukan ketelitian ni mmg susah nak dapat yg bersih..

      Padam
  5. saya tak pernah gunakan nya kak farah...bila baca tak dapat memahami sepenuhnya...mungkin saya sendiri tak pasti apakah ini. good tutorial....

    mungkin kalau ke popular beli satu dan cuba baru faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah saya pon tak berapa faham , tapi berminat dengan benda ni ..

      Padam
    2. hihihih.. selamat berkenalan dengan benda ni arz..hihihihi

      Padam
  6. ni first time tahu kegunaan benda ni.. hihihihih...

    BalasPadam
  7. jap nak lari topik sikit kak farrah.. dulu akak ambil architecture eaa time kat UIA?? Tetiba kan. Sebab tgk akak kreatif n teliti sangat... hihihi

    BalasPadam
  8. aida pernah jumpa, tapi baru tau fungsi nyer.
    tq farah.

    BalasPadam
  9. Tu la dah balik ye Farrah, cantik hasilnya

    BalasPadam
  10. salam kak farrah ! yang ni salah satu dalam wishlist tgk post akak sebelum2 ni macam tak jelas je buat cemana..

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. ngecop2x ni kalau bg kat buku anak murid sukalah diorg.. :D

      Padam
  12. owh..macam ni caranya. Saya duk fikir hari tu pasal benda ni.. nak tanya malu. :P

    BalasPadam
  13. comelnya! mcm cop je rupanya :D

    BalasPadam
  14. syok tengok barang2 kat atas tu

    BalasPadam
  15. tak pernah guna..
    tak tau gak cemane nak guna. mmg hebat la org kreatif ni

    BalasPadam
  16. Dr blog sis farah bnyk material craft sy jumpa dn blajar...

    BalasPadam
  17. hasil yang menarik.. tapi tu laa nak guna ngan jaga tuh kena orang yang teliti skit.. takut guna 2-3 kali dah rosak..

    BalasPadam
  18. Dh lma cri bnde ni tp xprnhnye la jumpa

    BalasPadam
  19. syok ni kalo buat tampal2 kat envelope.. mesti nampak gempak gilos..ehhehe :D

    BalasPadam
  20. nampak gak hari tu masa jalan-jalan kat popular, dok belek-belek terus teringat kak Farrah..hehe

    BalasPadam
  21. Wah memg cntik...blh buat utk cop jenama sndiri ni

    BalasPadam
  22. memang cantik.. bleh buat macam2 guna stamp block ni :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.