Resepi Terung Telur Asin

Khamis, September 29, 2016

Di rumah saya, terung selalu jadi menu utama. Terung masak berlada, pajeri terung, sandwic terung,..dan macam-macam lagi. Sebelum ini saya pernah kongsi beberapa resepi menggunakan terung:

Kali ini, satu lagi olahan resepi berasaskan terung - Terung Telur Asin.


Resepi Terung Telur Asin

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 biji telur asin
  • 3 biji terung bulat (dipotong)
  • 3-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 5 batang cili api (dihiris)
  • beberapa tangkai daun kari
  • 1 sudu besar mentega
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng terung

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Pecahkan telur asin, asingkan kuning telurnya. Kita hanya nak pakai kuning telurnya sahaja. Tetapi sebab sayang dengan putih telur, saya ambil sedikit putih telur dan kacau bersama kuning telur hingga sebati. Jika nak guna putih telur, jangan ambil banyak sangat! Nanti termasin pula hidangan kita.
  2. Panaskan minyak dan goreng terung yang telah dipotong sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  3. Ketepikan minyak menggoreng terung tadi. Masukkan satu sudu mentega ke dalam kuali. 
  4. Tumis daun kari hingga naik bau, diikuti dengan cincangan bawang putih dan cili api. 
  5. Setelah itu, masukkan kuning telur dan kacau guna sudip sehingga semua bahan tergaul sekata dan kuning telur masak. Pada stage ini, boleh tambahkan sedikit susu cair jika mahu rasa yang lebih creamy. Saya tidak gunakan susu cair untuk hidangan kali ini.
  6. Akhir sekali, masukkan terung yang telah digoreng. Gaul sekata. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

34 ulasan

  1. macam sedap je untuk dicuba tu, telur asin ada kat rumah tu haa

    BalasPadam
  2. hari ni pun saya msk terung goreng berlada :)

    BalasPadam
  3. OOO...guna kuning telur asin saja rupanya.. okey nak cuba gak yang ni

    BalasPadam
  4. ishh sedapnya.. nak cuba laa, tak pernah cuba masak dengan telur masin lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nanti cuba...kalau tak suka terung, tukarkan dengan ayam/daging goreng :)

      Padam
  5. selalu telur asin rebus je..tak pernah lg buat perencah...nk try jg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau Kak Nohas dah cuba, kongsi ye suka ke tidak dishnya :)

      Padam
  6. Blh la try. Sllu goreng biasa je terung ni..

    BalasPadam
  7. Cikgu ske terung nampaknya... SS tenung jek! He he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan tenung je, SS? Saya dulu masa kecik tak suka terung,...dah tua2 ni memang favourite. Sis JM, jom saya belanja sandwic terung! SS, saya belanja roti bakar je lah :)

      Padam
    2. Alaaaaa.... Nak gakkk terung tu...

      Padam
  8. Telur asin biasa rebus jek... X pernah buat lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat chicken salted egg pun dap dap dapppp tapi tak leh share ngan Sis JM la,...Sis JM tak makan ayammmm :)

      Padam
  9. Terung!!! paling suka terung terutama terung panjang warna purle tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka terung bulat lagi sebab lebih tahan lama. Kalau terung panjang tu kan,..selalu rezeki saya jumpa ulat! ;)

      Padam
  10. tp biasa buat goreng cili tak pun masak kari letak terung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh la cuba buat yang ini, sis JM :)

      Padam
  11. Balasan
    1. Ohhh ini sedap! Cicah ngan sambal belacan,..fuhhhhh!

      Padam
  12. so skrg dh dpt 1 lg resipi baru leh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah cuba nanti kasi tau ye suka ke idak. Cer offer kat SS seketul dua ;)

      Padam
  13. mcm senang ja ni... bole try ni buat bekal

    BalasPadam
  14. klu terung kn 1 je mskn y ayu leh mkn..
    pajeri terung
    yang lain xmasuk tekak

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.