Selasa, Januari 24, 2017

Movie Night Party Theme (Part 1)

Dah lama tak buat entri on party planning. Asyik tunda tunda tunda sahaja. Kali ini saya nak kongsi satu lagi tema parti atau keraian yang boleh dibuat untuk majlis-majlis kalian - MOVIE NIGHT!

MOVIE NIGHT party theme ni sebenarnya untuk sambutan hari lahir adik lelaki saya sekitar hujung November tahun lalu. Pada asalnya, tiada sebarang perancangan nak buat apa-apa sambutan sebab sepatutnya adik saya tidak berada di Malaysia pada waktu itu. Saya pun relaks jelah tak prepare apa-apa. Last-last, atas sebab tertentu, dia tak jadi ke luar negara. So, kami decided untuk keluar makan tengah hari bersama-sama pada hujung minggu, a few days before his birthday.

Dengan masa yang suntuk, saya memang tak terfikir langsung nak buat parti bertema. Kebetulan, saya tengah sibuk berpindah-randah. Jadi, dah set dalam mind, tak pelah kita makan-makan je on the 19th. Next year, birthday Uje kita buat extra grand. Extra special.

Tapi, saya tak sampai hati. Selalunya apabila birthday saya dan Cekengah, si bongsu kami ni beria-ia usahakan itu ini. Pada malam 18hb, saya pandang keliling bilik kraf, tengok-tengok apa yang saya ada. Apa tema parti yang saya boleh usahakan dalam tempoh kurang dari 16 jam, tanpa perlu keluar ke kedai cari barang.

Inilah hasilnya ... MOVIE NIGHT!


Basically all you need when you're having a movie night ;)
Tapi tak load semua barang sekaligus. Letak sikit-sikit je sebab meja kecil. Ruang agak terhad.

Clapper Board

Sebenarnya kalau diikutkan, clapper board ni tak sesuai sangat dengan tema MOVIE NIGHT. More to tema film shooting. Ala ala roll ... camera ... ACTION! Tetapi, sebab saya suka clapper board, saya importlah masuk tema birthday party Uje.

Malam tu lepas Maghrib, clapper board ini yang saya kerjakan dahulu. Saya cakap kat diri sendiri, kalau clapper board ni berjaya saya buat, saya akan proceed dengan theme party. Kalau tidak, anggap bukan rezeki adik saya. Alhamdulillah, berjalan lancar. Saya ambil masa tak sampai setengah jam siapkan clapper board


Bagaimana nak buat clapper board?
Hanya perlukan satu kad keras berwarna hitam dan kertas pelekat berwarna putih. Alternatively, boleh juga guna paint/acrylic paint/poster colour warna putih. Saya guna pelekat putih sebab nak lebih mudah dan praktikal. 

Potong kad hitam kepada dua bahagian. Satu bahagian atas clapper board manakala satu lagi bahagian bawahnya yang kita nak tulis butir-butir. Setelah itu, potong kertas pelekat putih untuk membentuk jaluran-jaluran dan jadi pembahagi ruang clapper board. Memandangkan kita guna pelekat, tak perlu risau board jadi sememeh kena kesan gam. Kerja pun jadi senang.

Seterusnya, untuk cantumkan kedua-dua bahagian board supaya berfungsi; boleh diangkat dan diketap, saya gunakan beberapa eyelets. Akhir sekali, tulis butiran majlis dengan menggunakan gel pen putih.


Bottled Water

MOVIE NIGHT takkan lengkap kalau tak ada minuman, popcorn dan snek. Untuk hidupkan tema, saya buat label baru pada botol air. Yelah, esok tu sure masing-masing akan order minuman yang berbeza,..yogurt drink ke,...mint tea ke,...Sekurang-kurangnya ada air kosong untuk diteguk 😆

Saya gunakan kertas kraf nipis berwarna coklat, clear stamps film strip dan sentimen CELEBRATE. Kita stamp stamp dan kemudian lekat pada botol. 😃


The final look.


Candy Packs

Saya punggah barang-barang baking di dapur. Jumpa muffin cups belang merah dan putih. Sesuaiiiii! Nak guna untuk letak popcorn, kecil sangat. Makanya, kita letak candy. Sweet treats. Cekengah yang baru nak gerak balik dari office saya kerah suruh singgah Cold Storage beli popcorn, gula-gula dan coklat.


Buat bungkusan kecil, masukkan sweet treats dan ikat dengan bakers twine. Sentuhan akhir - saya tampal 'tiket wayang' pada bahagian luarnya.

Ada lagi ...
Bersambung di Part 2


14 ulasan:

  1. barang-barang ni semua ada dalam rumah? Hehe, teringin nak melawat workstation kak Farrah ni. Meriah tema macam ni..I loike!

    BalasPadam
  2. company dinner pun tema 'movie night'..

    BalasPadam
  3. faidz??? mcm pernah kenal nama tu. entah2 saya kenal ngn adik farrah ni. hehehe

    BalasPadam
  4. jimat betul farrah buat ni.. guna aa yang ada kat umah jer. tapi hasilnya sangatlah superb!!

    BalasPadam
  5. farrah. nak tanya, party ni dibuat kat mana?

    BalasPadam
  6. yana tak sempat buat pon kek.. tapi suprisekan dia dengan bawa balik fav mereka !

    BalasPadam
  7. Untung la ada kakak yg kreatif ni ��

    BalasPadam
  8. bestnya bila dapat hasilkan something special macam nih dalam masa yang singkat..kena plak barang mencukupi..belum mampu kreatif seperti Farrah..

    BalasPadam
  9. ayu nak b part family kak farrah gak laaa... bestnyeee...
    ishh geram je tgk y comel2 tuu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.