Khamis, Mei 04, 2017

Tutorial Kraf Kertas - Inspirational Magnetic Bookmark

Hari ini entri tutorial. Sesuai untuk yang gemar baca buku. Kita nak buat penanda buku. Bukan penanda buku biasa tau. Ini penanda buku bermagnet dengan kata-kata motivasi. Di bawah ini, cara-cara mudah membuatnya. 😃

Bahan-bahan yang diperlukan:



  • Inspirational and motivational quotes - Saya peroleh kata-kata menarik melalui buku pelekat Sticker Book of Phrases dan Foil Statement Pad. (Baca lebih lanjut mengenainya di sini.) Kalian boleh cetak kata-kata kegemaran atau potong daripada majalah/buku lama.
  • Kertas/kad keras sebagai base. Saya gunakan Buffalo Fancy Card 220 gsm berwarna hitam.
  • Kertas bercorak sebagai hiasan. Saya pilih dari koleksi ONYX & Pearl, UW Scrapbooking keluaran POPULAR.
  • Magnet sheet
  • Glue tape/double sided tape
  • Paper scorer (optional
  • Gunting/cutter


Mula-mula, pilih kata-kata yang sesuai dan tampal pada kertas bercorak. Ini bertujuan membentuk frame di sekeliling potongan kata-kata. Tak adalah dull sangat. Setelah itu, potong kertas bercorak tersebut. 


Langkah seterusnya, potong kertas/kad keras untuk buat base. Agak-agak saiznya supaya oleh dilipat kepada dua bahagian dan muat untuk dilekatkan kertas bercorak dengan kata-kata tadi. Jika mahu dapatkan hasil lipatan yang kemas, guna paper scorer. Tetapi, jika tiada paper scorer, lipat sahaja seperti biasa dengan hati-hati.

Setelah itu, potong magnet sheet menjadi jaluran kecil mengikut saiz bookmark yang kita buat. Pastikan setelah magnet dipotong, dua jaluran magnet (apabila ditemukan) dapat melekat antara satu sama lain dengan baik. Kemudian, langkah akhir, tampal jaluran magnet sheet di kedua-dua belah bahagian dalam bookmark dengan menggunakan glue tape/double sided tape. Lihat gambar di bawah.


Ini set yang saya siapkan :)


Bolehlah guna untuk tanda halaman buku yang dibaca.



Sempana sambutan Hari Guru yang bakal tiba, magnetic bookmark ini sesuai dijadikan hadiah tanda penghargaan buat para pendidik. Cari quotes/ucapan menarik untuk guru. Contohnya seperti di bawah. Cetak cantik-cantik dan buatlah jadi penanda buku bermagnet. Kemudian, di bahagian belakang, tuliskan nota terima kasih istimewa buat guru.



Selamat Mencuba!

Ingin cuba buat fridge magnet sendiri? Intai tutorial-tutorial di sini.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

8 ulasan:

  1. Jimat kan kalau buat macam ni. Cikgu pun mesti sukaa 😍

    BalasPadam
  2. cantik... Cikgu pun semangat nak baca buku.. bila baca je, ingt kat anak murid yang bagi :)

    BalasPadam
  3. we celebrated teachers day awal sbb nanti budak2 exam.. i received this one note yang bila baca sebak sokmo. simple je budak2 form1 tulis pun pakai bold pen. tapi the words tu T.T

    BalasPadam
  4. terbaik ni, farrah.
    last year aida kasik guru2 anak penanda buku btg eskrem.
    2020 gini plak, kan :)
    aida copy paste idea ni ekk. tq.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.