NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 30 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Sabtu, 2 Jun 2018

Gifts Idea - Gardening Gift Basket

Sekarang ni zaman orang bagi chocolate bouquet sebagai hadiah dan kejutan untuk keraian-keraian istimewa. Selain daripada chocolate bouquet, boleh juga hadiahkan gift basket atau gift jar. Saya suka sediakan gift basket sebab macam-macam tema gift basket yang dapat dihasilkan. Misalnya baking tools gift basket, manicure and pedicure gift basket, coffee lover gift basket, movie night gift basket dan banyak lagi.

Gift basket sesuai dihadiahkan sebagai hadiah hari lahir, anniversary atau sebagai goodie bags untuk bridal shower party dan reunion.

Di bawah ini saya ada buat satu gift basket bertema gardening. Khusus untuk si penerima yang gemar berkebun. Si penerima gift basket saya ini baru berpindah ke rumah baru. Dia ada beberapa flower beds di balkoni dan sekarang ni tengah aktif menanam dan menjaga bunga-bunga cantiknya.

Jadi, sebagai tanda sokongan hehehe, saya sediakanlah gift basket gardening ini. Apa isi kandungannya?

Well, memandangkan dia dah pun tanam bunga-bunga di flower beds,..tinggal nak maintain je...maka saya tidak letak sebarang biji benih/seeds di dalam gift basket ini. Saya letak barang dan peralatan yang sesuai untuk maintain the flower beds.

i. Sarung tangan untuk berkebun
ii. Alat penyiram (watering can) dan spray bottle
iii. Trowel
iii. Serampang tangan
iv. Hand spade
v. Plant vitalizer
vi. Baja bunga

Then, saya beli satu pasu plastik empat segi untuk dimuatkan barang-barang gardening tu. Hias mana-mana yang patut...touch up itu ini dan inilah hasil akhirnya.



Tatttadaaaaaaa!!!


Semua barang gardening di atas boleh diperoleh di Mr. DIY. Cuma baja bunga dan plant vitalizer tu beli di Tesco.

Untuk entri Gifts Ideas yang lain boleh lihat di sini.



14 ulasan:

  1. utk lelaki mmg sesuai... akk ipar sy...xmng tgn ms hari guru aritu wat choc hamper utk ank2 dia ngan org tempahπŸ˜†

    BalasPadam
    Balasan
    1. choc hamper memang best kan,...suitable untuk many occasions :)

      Padam
  2. Wah kreatif la idea kak farah ni

    BalasPadam
  3. comel je tempat air tu gajah hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel kan anak gajah tu! akak pun berkenan :)

      Padam
  4. cute lerr. mek tk kreatif. kalau nk bg gift memang upah orang je slalunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, mek. Lepas ni bolehlah mek cuba buat sendiri pula :)

      Padam
  5. Nice sharing sis.. Boleh dijadikan idea untuk kawan-kawan yang baru berpindah rumah.. comel je basket tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sha. Boleh buat housewarming gift 😊

      Padam
  6. a very very very good idea.
    aida suka :)

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Hadiah comel utk orang comel 😊

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...