Tak sabarnya nak raya! Rasa-rasa macam baru je mula berpuasa. Tahu-tahu Ramadan nak meninggalkan kita. Moga-moga berpeluanglah kita bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Aminnn.
Persiapan raya kalian bagaimana? Ini saya nak kongsi beberapa menu tambahan (berasaskan ayam) yang boleh disediakan sebagai hidangan tambahan pada hari raya atau ketika nak anjurkan rumah terbuka. Selain rendang, masak lode, dendeng, ketupat dan lemang,..hidangan-hidangan di bawah ini bolehlah masuk dalam menu hari raya. Adalah pilihan bagi yang tak makan pedas atau yang dah jemu dok mengulang rendang dan lauk-pauk raya yang lain. Untuk resepi, klik sahaja pada nama resepi tu ye. The first two are my favourites :)
Ayam daun kari ni memang favourite saya. Kalau saya rajin, saya akan masak untuk raya. Tak raya pertama, raya kedua atau hari-hari seterusnya. Then, makan dengan ketupat atau lemang. Sedappppp! Kombinasi kuah kicap dengan garing daun kari tu, fuhhhh! Raya! Raya! Raya!
Apa salahnya kita import juadah terkenal dari Filipina sebagai salah satu hidangan raya. Ayam adobo ni anak-anak kecil pun boleh enjoy sebab walaupun guna black pepper, taklah pedas/pijar sangat rasa lada hitam tu. Bahan-bahan nak sediakan ayam adobo ni pun tak susah nak cari. Ada ayam, ada cuka, bawang putih, lada hitam dan daun salam (bay leaf), you are good to go!
Ingin nikmati ayam berempah yang enak? Cuba resepi ayam bumbu gurih ni. Yummyy yummm! Rasa rempah-rempah dan berlemak yang dah mesra dengan ayam setelah diperap memang best sangat! Cubalah ye. Ayam bumbu ni lawan dengan kuah kacang memang marvelous!
Saya suka cicah lauk ni dengan lemang atau ketupat palas. Selalunya dah dua tiga raya, memang tak makan rendang dah hehehe. Jika tak mahu guna ayam, boleh tukar kepada daging. Daging tu hiris nipis-nipis. Kentang kalau nak dilebihkan pun tak mengapa.
Selamat Mencuba!
Happy Cooking! Happy Eating!
Sedap2 belaka
BalasPadamMemang dap dap dap 😊
PadamSedap2 semuanya..first raya mmg layan rendang, masuk raya kedua, ketiga, dah cari yg lain..hehe..
BalasPadamTekak dah tak mau makanan raya 😊
Padamnak tryla yang kicap kari tu.. iols sukaaa masak kicap. hehe..
BalasPadamHaaa kalau suka lauk kicap, memang wajib try ayam daun kari tuh!
PadamAyam masak kari tu nampak sangat menarik dan mudah dimasak..
BalasPadamSedap makan dengan nasi himpit tuh,..
PadamAyam semuanya. Tapi ayam bumbu tu macam menarik. Hihihi.
BalasPadamRasanya macam ayam berempah cuma lebih sedap sedap ada lemak santan 😊
Padam2 kali sy baca igt ayam adudu (boboiboy) td hahaha
BalasPadamha ha ha ha :)
PadamAyam adudu pun boleh 😄
Padamnice. aida pun kebetulan mencari idea ni, farrah.
BalasPadamabis dah resepi yg hado.
bila dah nak last last raya ni, sebenarnya, menu raya kembali diidamkan.
kembali nak rendang.
ketupat. lemang.
Samalah kita,...dah mula rindu lauk-pauk raya 😂
PadamOk nnt nk try lah...
BalasPadamSelamat mencuba, dinda 😊
Padam