Rabu, Ogos 22, 2018

Selamat Menyambut Hari Raya Korban

Assalamu'alaikum,
Salam 10 Zulhijjah!
Selamat menyambut Hari Raya Korban!

Bagi yang berkorban, sudah selesaikan ibadah korban? Tadi sempat juga intai-intai lembu tumbang di surau dan masjid berhampiran. Teringat lagi dahulu masa di Tingkatan 4 dan 5, balik sekolah, saya akan singgah dekat surau dalam perjalanan balik ke rumah. Masa tu duduk di Sungai Buloh. Tengok lembu-lembu yang ditambat tepi surau. Then, pergi pujuk lembu. Hahaha. Betul! Saya pergi pujuk lembu yang nangis! Ni semua pengaruh ketua pengawas sayalah. Dia cerita dia pujuk lembu, saya pun excited nak pujuk lembu. 

So, pergilah jenguk lembu yang mengalirkan air mata. Syahdu tau. Tepuk-tepuk badan dia. Borak-borak sikit. Cakap ngan lembu tu, tak perlu nangis...patut bangga sebab jadi korban. Lepas tu, bila diedarkan daging korban, saya memang tak makan sebab terkenang-kenang. Mungkinkah ini lembu yang saya pujuk? 😉 Banyak sangat cekadak, sampai arwah babah ugut sayalah, kalau pergi pujuk lembu lagi, dengan saya sekali dia tambat! Apa tidaknya, tak pasal-pasal dia kena keluar beli lauk lain sebab saya tak makan daging. Lagipun, sebenarnya dia risau takut lembu tu naik minyak, saya kena tendang ke,..tak ke kes naya! Hmmm, those were the days. Zaman berani melulu tanpa fikir consequences.

Jalapeno Cheese Bagel Coffee Beans. Sempat ngendeng Cekengah belanja pagi tadi.



Memandangkan raya jatuh pada hari Rabu (salah satu hari dialisis Cekebon), kami berkampung di hospital dahulu. Cekebon dah selesai dialisis barulah beraya. Alhamdulillah, session hari ini berjalan lancar, tak ada masalah. So, by pukul 11 lebih tu dah selesai. Sudah boleh bawa Cekebon balik untuk berehat.

Apa menu kalian hari ini? Rezeki kami - nasi tomato, nasi himpit dan sambal kacang ayam kampung. Apapun, enjoy your day! Makan jangan kenyang-kenyang sangat ye!


7 ulasan:

  1. Asalam..jenguk blog FM..tahniah masih terus berkarya

    BalasPadam
  2. selamat hari raya akak.. sedap tgk dlm ig hehee

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha...sedap cheese bagel..

    BalasPadam
  4. salam aidiladha kak.. menariknyaaa juadah raya akak hehe.. Jalapeno Cheese the best !!!

    BalasPadam
  5. nasi tomato aida x pernah buat sendiri lagi.
    dulu pernah la buat sama2 mak mertua.
    now, dia x ingat dah resepi sgt. dah lupa :) hu hu hu
    nanti nak buat. couple kan dgn ayam masak merah. wow!!!

    BalasPadam
  6. kalau time tgh tepuk2 tu lembu tu cakap, sakit laa...apeni tepuk2 kite? hahahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.