Idahoan Mashed Potatoes - Obat Demam

Sabtu, Disember 08, 2018

Dua tiga hari ni badan rasa tak sedap. Makan benda pun rasa payau je. Pada asalnya tekak teringin nak makan something soupy, yang masam-masam macam tom yam. Tetapi, malas pula nak masak tom yam. Setakat saya seorang je di rumah, rasa macam tak berbaloi pula (Sebenarnya lebih kepada malas!).

Makanya, punggah-punggahlah apa yang ada kat dapur. Intai-intai stok dalam almari. Jumpa instant mashed potatoes ni. Tinggal bancuh dengan air panas je. How convenient! Kebiasaannya, makanan instant begini jarang masuk rumah. Sekali-sekala jelah. Tu pun kalau si Cekengah pergi jalan-jalan shopping, terserempak benda begini. Teringin nak rasa atau teringat pada orang-orang di rumah, dia belilah sepek dua. Dan selalunya, bila dia beli, dia malas nak buat, jadilah rezeki saya 😀


Inilah rupa packaging Idahoan Roasted Garlic Mashed Potatoes.

Letak air panas secukupnya dan kacau hingga sekata. Inilah rupanya setelah siap. Menyelerakan tak?


Satu paket ini, saya tak pasti berapa gram beratnya tetapi sesuai untuk dua hingga empat portion. Rasa? Memang sedap! Rasa bawang putihnya tidak overpower rasa kentang. Just nice. Tidak cepat muak. Saya habiskan dalam dua kali makan. Alasan tekak tak sedap kan,...hehehe. Duduk berkelubung depan TV, layan TV shows back-to-back. Lawan pula dengan kopi panas. Nikmat! Tahu-tahu dah habis! 

Tidak silap saya, ada beberapa perasa lain. Jika terjumpa ketika beli belah, bolehlah cuba beli dan rasa. Makan begitu sahaja sebagai treat atau reward untuk diri (especially bagi yang suka makan kentang) atau jadikan side dish untuk hidangan utama. 

18 ulasan

  1. instant mashed potato,, wow nice gak ni. td baru masak ayam goreng buh potato... then anak2 suruh masak potato selalu... nice idea leh cuba mashed potato lak... btw, semoga cepat sembuh dear sis.... lama tak jengah farah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas doanya, kak. Yes, lepas ni boleh masukkan mashed potato dalam menu for the kids 😊

      Padam
  2. Uish senang sangat sekarang ni , takyah pergi kfc dah la hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi kalau teringin versi KFC, kena jugak ke KFC heheheh

      Padam
  3. Tak pernah jumpa.. Kalau jumpa nanti bolehlah Sha cuba..

    BalasPadam
  4. iya lah Etuza belum pernah nampak ubat demam ni..

    BalasPadam
  5. waahh! nampak macam sedap. nak beli lah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Intan. Nanti kalau jumpa bolehlah cuba.

      Padam
  6. Xtau plak ada packaging siap dh. .Tau pon kt kfc ja la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni semua ada, Zarul. Cuma instant begini tak leh makan selalu lah 😊

      Padam
  7. senangnya ada macam nih, klu tengah malas boleh buat. tapi tak pernah jumpa jual kat mana2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan,...time-time malas tu memang convenient sangatlah kalau ada pek begini.

      Padam
  8. ohoooooohoi sedap2 ni semua ni ! i kentang xkan tolak.
    akak nak carilah kak. mudah gila.. instant letak tepi hahaha.. janji ada mashed potato =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhahah bab ni kita sama. Apa? Instant? I dont care! Mashed potatoes terkecuali ;)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.