Selasa, Mei 28, 2019

Cari Aku di Syurga yang Bikin Baper!

Hahahah! Nampak tak, tiba-tiba tukar slang seberang! Bikin baper! Apa yang bikin bawa perasaan sangat tu? Drama 'Cari Aku di Syurga'. Tayangan untuk slot Samarinda di TV3. Drama ini terbitan  Radius One Sdn Bhd dan mula ditayangkan pada awal Mei baru-baru ini. Pada asalnya saya tidak ikut cerita ini. Dalam bosan-bosan tu, cubalah tengok episod pertama di Youtube. Terus melekat! Saya dan Bott siap tunggu setiap episod baharu dimuat naik di Youtube. 



'Cari Aku di Syurga' berkisar tentang pergolakan rumah tangga antara Lisa (Janna Nick) dan Anas (Aeril Zafrel) yang datang dari dua latar belakang berbeza yang bertemu secara kebetulan. Lisa, anak orang kaya yang sentiasa dikawal oleh mamanya sehingga ke bab-bab jodoh kerana mamanya serik dengan kegagalan rumah tangga yang dilalui. Anas pula seorang pemuda kampung, bekerja di ladang dan menjaga ibu yang nyanyuk.

Memberontak apabila terlalu dikongkong, Lisa nekad mengahwini Anas untuk membuktikan kepada mamanya yang dia mampu bahagia walaupun hidup susah. Di awal fasa perkahwinan, semua OK. Tetapi, dek kerana tidak betah hidup susah ditambah pula terpaksa melayan kerenah ibu mentua, Lisa mula tertekan. Bermulalah krisis rumah tangga mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Anas mula menunjukkan simptom lupa.


Sebaik sahaja melahirkan cahaya mata mereka, Lisa nekad kembali ke kehidupan mewahnya. Tinggal Anas, membesarkan anak perempuan mereka seorang diri dengan dibantu oleh Mira. Siapa pula Mira ni? Haaa... yang itu kena tengok 'Cari Aku di Syurga'. Takkan semua nak spill di sini kan...saya cerita sampai sini je tau.


Bagi saya jalan ceritanya sangat menarik dan fast move. Tak meleret-leret. Memanglah nampak klise, kisah cinta dua darjat, anak orang kaya tak tahan hidup susah...tetapi ada plot twist here and there yang membuatkan cerita ini lebih intriguing


Pelakon-pelakonnya pun boleh tahan. Lakonan Janna Nick bagi saya sangat berbeza dengan lakonannya yang pernah saya tonton sebelum ini. Mimi Lana yang memegang watak Mira pun berjaya membawa watak dengan berkesan. Watak kuat Mira dan sikap selamba kelakar ibunya, Kak Midah paling saya suka. Oh, kakak wongshu wongshu dari cerita Nur 2 pun ada!


Cerita ini bersiaran setiap Isnin - Khamis, 10.00 malam. Sekarang dah masuk episod 13 tidak silap saya. Sangat berbaloi ditonton. Lagu OST - Bukan Cinta nyanyian Amylea dan Tiada Dirimu oleh Shila Amzah pun best. Buat kita feel lebih. Bagi yang belum ikuti cerita ini, selamat menonton!



5 ulasan:

  1. tgk ikan je tp xpenah tgk pun hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok iklan pun jadilah..dapat giest of the story :)

      Padam
  2. Thanks Farrah. Atas saranan awak saya tengok citer ni. Memang menarik. Terus tertawan. Saya tonton kat youtube je. Sambil layan2 moreh. Saya memang x minat citer melayu. Tapi citer ni lain. Tak rugi tonton. Tak sabar nak tau ending :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Layan kat Youtube. Saya pun jarang ikut drama kat TV sebab time tak kena.

      Padam
  3. Sha cuma tertengok sesekali bila terbuka.. menarik jugalah sebab suka lakonan Aieril Zafril

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.