Ahad, Ogos 18, 2019

Berbaloi di DAISO - Metamine Sponge

Jika ke DAISO, antara barang yang akan saya beli dan jadikan stok di rumah ialah 'Metamine Sponge'. Bagi saya sponge di bawah ini sangat berbaloi untuk dibeli. Metamine sponge DAISO ini didatangkan dalam pelbagai saiz; ada besar, sederhana dan kecil. Tidak silap saya, yang saya pilih ini saiz kiub kiut-miut paling kecil. Apa kegunaan metamine sponge?

Banyak! Sponge ini boleh bantu kita dalam nak bersihkan kotoran degil pada permukaan tertentu. Tidak perlu gosok, tenyeh atau sental. Simply ambil kiub yang hendak digunakan, rendam seketika di dalam air kemudian sapukan pada bahagian yang hendak dibersihkan.


Metamine sponge DAISO

Kebiasaannya saya guna sponge ini untuk bersihkan celah-celah dapur memasak, cuci sneakers dan beg yang kotor kena stain. Macam beg saya dalam gambar ini, hodoh betul kotoran yang melekat kan? Bercapuk-capuk, berbintat sana sini. Jadi, di sinilah peranan metamine sponge diperlukan!




Ambil sponge. Untuk beg ini hanya perlu seketul sahaja. Rendam di dalam air sehingga sponge tu menyerap air. Sekejap sahaja tau. Tak perlu lama-lama.


Sesudah itu, gosokkan sponge pada bahagian kotoran yang hendak kita hilangkan. Tetapi, harus diingat...jangan sembarangan gunakan sponge ini pada permukaan kulit, fabrik atau perabot yang mahal. Benda-benda mahal tu mesti ada cara penjagaan yang lain. Nanti tak pasal-pasal warna turun ke apa, tak ke naya!


Gosok sana. Gosok sini.


Inilah hasilnya! Bersih dari kotoran yang menyakitkan mata.


Memang puas hati. Jadi, kalau kalian singgah DAISO dan rambang mata sampai tidak tahu nak beli apa, belilah metamine sponge. Ini memang antara barang hot demand di DAISO. Pilihlah saiz yang sesuai untuk tugas-tugas pembersihan yang nak dilakukan. Jika nak bersihkan kesan gris atau minyak pada permukaan dapur, belilah saiz yang besar sedikit. Macam saya, saya prefer kiub-kiub kecil sebegini.

4 ulasan:

  1. Dulu pernah viral pasal sponge tu. Tapi tak berkesempatan lagi nak beli 😂

    BalasPadam
  2. wah.. magic.. nak kena cari ini bila ke Daiso..

    BalasPadam
  3. ni mcm magic span yg jual kat diy n eco tu kan..
    ke lain.. hihii..
    daiso xde kat terengganu.. stress nyeee

    BalasPadam
  4. sy x igt...2-3 thn lps ada org share psl span ni kt twitter...tp bla msk daiso mmg lgsg x igt hahaahha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.