Khamis, November 26, 2020

Resepi Sandwic Kacang Kuda

Assalamualaikum. 

Tercari-cari menu menarik untuk dicuba? Apa kata kalian pertimbangkan sandwic kacang kuda saya ini. 

Sebut tentang kacang kuda (turut dikenali dengan nama chickpeas dan garbanzo beans), ini merupakan antara bahan yang tidak putus bekalannya dalam pantri saya. Macam-macam resepi yang boleh diolah dengan kacang ini. Hidangan India, Timur Tengah, Mexico, bergantung pada selera.

Selain itu, kacang kuda sangat sesuai untuk yang sedang berdiet atau jaga pemakanan. Terutama sekali bagi yang amalkan diet suku suku separuh atau clean eating. Kandungan indeks glisemiknya rendah, jadi tidak akan spike kandungan gula dalam darah malah buat kita rasa lebih kenyang. 

Saya selalu rebus kacang kuda untuk dijadikan snek antara waktu makan. Daripada kita makan chips dan jajan yang bukan-bukan, baiklah nikmati kacang kuda rebus. Craving satisfied, pengambilan kalori harian pun tidak terbabas 😆.

Resepi sandwic kacang kuda di bawah ini lazimnya jadi menu sarapan saya. Saya buat yang simple sahaja. Cuma sesekali jika inginkan kelainan, barulah ditambah rempah dan ramuan tertentu untuk imitate rasa ala ala mexican food.



Resepi Sandwic Kacang Kuda 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti potong. Saya guna Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds.
  • Kacang kuda yang telah direbus hingga empuk dan ditus.
  • Hirisan bawang besar
  • Beberapa helai daun salad
  • Perahan jus lemon atau limau secukupnya
  • Hirisan cili api (jika suka pedas seperti saya 😁)
  • Sedikit serbuk lada hitam atau serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Lenyek kacang kuda yang telah direbus. Tidak perlu sehingga lumat. 
  2. Masukkan hirisan bawang, cili api, lada hitam atau lada putih, jus lemon dan gaul sehingga sekata. Perasakan dengan garam.
  3. Bakar roti. Terpulang sama ada mahu guna pembakar roti atau kuali leper. Saya guna pembakar roti.
  4. Susun daun salad di atas permukaan roti, letakkan inti kacang kuda semewahnya.
  5. Sedia untuk dinikmati!

It is actually an open face sandwich. Tetapi, pagi tu saya lapar. Sekeping roti mana cukup. Tambah sekeping lagi hehehe. Gabungan lemak-lemak kacang kuda yang berpadu dengan perahan lemon, cili api dan lada putih memang mengancam!

Saya suka versi seringkas ini. Bott pula lebih gemar nikmati sandwic kacang kudanya dengan sapuan mayones dan sos cili. Kalian boleh juga masukkan chilli flakes atau hirisan daun limau. Olahlah sesuai  cita rasa. 

Selamat mencuba! 

Ingin cari resepi sandwic atau hidangan berasaskan roti, boleh intai-intai di sini.

Psst! Saya sibuk sikit sekarang ini. Nanti saya balas kunjungan dan komen-komen kalian. Terima kasih kerana sudi datang tinggalkan jejak di tower ini. 

5 ulasan:

  1. diet yg bagus utk diabetic...kacang kuda rebus mmg layan..

    BalasPadam
  2. Unik kacang kuda sebagai inti sandwich. Memang jarang jumpa dan nikmati kacang kuda.
    Bagus juga untuk kesihatan.

    BalasPadam
  3. nampak menyelerakan akak.. kadang kuda selalu ada dlm stok tp rebus dan mkn begitu saja sambil tgk tv

    BalasPadam
  4. Penyediaan menu yang sangat bagus. Sihat dan berkhasiat.

    BalasPadam
  5. Terima Kasih kongsi idea. Ayah Tukang Kebun suka sangat Kacang kuda. Kalau pergi pasar masa kecil dengan ayah mesti beli Kacang kuda rebus.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.