Sabtu, Ogos 31, 2019

Salam Tiga Satu Lapan | Salam Satu Muharam

Assalamu'alaikum,

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Malam tadi buat countdown merdeka atau tidak? Saya dan keluarga sekadar sambut di rumah sahaja. Tidak ke mana-mana pun. Semalam, menjelang detik 12 tengah malam, saya sibuk berjoging berlari-lari manja cukupkan bilangan steps harian sebelum fitness tracker reset untuk hari baru. Huhuhu sebelah siang dah makan banyak, kenalah gigih exercise lebih sedikit demi membunuh kalori. Lepas tu, teruja intai percikan bunga api dari tingkap rumah. Meriah! Berwarna-warni. Siapalah gerangan tuan punya diri kat kampung saya ni yang ada peruntukan bajet besar untuk bunga api sempena merdeka. Lama juga saya bertenggek dekat tepi tingkap semata-mata nak tengok bunga api sampai habis. 🤣






Selamat beristirahat untuk satu hujung minggu yang panjang. Selepas Hari Kebangsaan, kita akan sambut Maal Hijrah pula. Salam Awal Muharam 1441H. Moga tahun ini lebih baik dan bermakna berbanding tahun-tahun terdahulu. Cepat betul masa berlalu kan? Rasanya baru lagi saya pasang TV untuk tonton siaran langsung acara sambutan 1 Muharam, baca doa awal dan akhir tahun. Dah nak bertukar tahun dah! Mudah-mudahan sisa masa yang ada pada kita akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Bulan September ini, kita ada tiga hujung minggu yang panjang. Tiga minggu berturut-turut kita cuti hingga Isnin. Seronok kan! Saya sengih-sengih sendiri tengok kalendar. Macam-macam benda plan dalam kepala.


OKlah. Nikmati cuti kalian sebaiknya. Rehat cukup-cukup ya!







13 ulasan:

  1. Salam kemerdekaan dan salam maal hijrah

    BalasPadam
  2. selamat menyambut hari kebangsaan. Salam Maal Hijrah. Ain sambut dkt rumah kenduri je haha

    BalasPadam
  3. Selamat hari merdeka,selamat tahun baru dan selamat bercuti Farrah

    BalasPadam
  4. Tak kemana pun kak farah.. dekat rumah je..
    salam kemerdekaan kak..

    BalasPadam
  5. adui pending jap apa maksud 318 tu hahaha.. selamat hari merdeka kak Farrah!

    kita tak tengok pun firework. dengar gitu gitu je. tapi cuti ni p Floria. tengok bunga-bunga.cuti minggu depan tak tau pula nk buat apa. prepare doorgift kot.

    BalasPadam
  6. salam tiga satu lapan & salam satu muharram juga akak Farah.. ana pun tak kemana2.. habiskan masa dgn fmly je dpn tv hehe

    BalasPadam
  7. Saya pun stay dekat rumah je malam Merdeka tu. Anyways, I hope its not too late to wish Happy Merdeka Day.

    BalasPadam
  8. Memang dah berehat sangat sangat kak Farrah, duduk rumah aje habiskan novel. Heheh. Selamat hari merdeka & salam maal hijrah kak!

    BalasPadam
  9. selaamt tahun baru!!! kem salam kat yuri eh ehhh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.