Jumaat, Mac 05, 2021

Jambu Batu Cecah Kuah Cuka

Setiap kali pergi beli barang dapur, saya pasti akan cari buah jambu batu. Kalau ada, memang akan belilah. Rezeki saya, baru-baru ini harga jambu batu murah. Buahnya pula segar-segar. Mungkin stok baru sampai kot.

Saya memang suka jambu batu dan buah ini biasa jadi sebahagian daripada menu harian saya. Lazimnya untuk snacking antara dua waktu makan. Jambu batu merupakan buah yang mengandungi banyak serat. Makan setengah biji, bolehlah perut tu bertahan sehingga ke waktu makan seterusnya. Tak adalah nanti kerja asyik nak mencari something to munch sahaja.

Bagi yang berdiet atau yang ingin mengawal paras gula dalam darah, ini antara buah yang rendah indeks glisemiknya (Low G.I). Apabila rendah indeks glisemik, makanan dicerna dan diserap ke dalam tubuh dengan perlahan secara berperingkat. Jadi, paras gula dalam darah tidak akan spike. Kita pun tak cepat rasa lapar.

OK, cukuplah serba sedikit tentang manfaat jambu batu dan sifatnya yang low G.I tu. Kadangkala, petang-petang apabila angin mengidam datang, teringin pula nak makan jambu cecah atau jambu colek. Makanya, buatlah kuah cuka pedas begini. Cuka, gula, garam dan hirisan cili api.


Ada yang gemar makan jambu dengan colek atau kuah rojak? Saya ada resepi colek paling mudah. Tetapi, saya jarang buat sebab nanti asyik nak mencolek je ;) Lagipun, apabila pakai belacan banyak-banyak, saya tak tahan sangat. Nanti puaslah menggaru. 


Resepi Kuah Colek Paling Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 300 - 350g gula perang
  • 15 tangkai cili api hiris halus
  • belacan 1/2 keping (bakar, dihancurkan)
  • 1/4 cawan cuka putih
  • 2 sudu besar asam jawa (tak perlu bancuh dengan air). Hendak guna pes asam jawa Adabi pun boleh.

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Campurkan semua bahan kecuali cuka ke dalam mangkuk sederhana besar.
  2. Tuangkan cuka sedikit demi sedikit dan kacau semua bahan sehingga sebati. 


* 1/4 cawan cuka tu lebih kepada anggaran tau. Bergantung kepada jenis cuka yang kalian gunakan juga. Kuah colek ini jenis yang pekat macam kuah rojak atau petis tu. Jadi, agak-agaklah penggunaan cukanya supaya dapat konsistensi yang diingini. Pastikan tidak terlalu cair.


Resepi Nam Pla Wan

Pernah dengar nam pla wan? Nam pla wan ni kira macam kuah rojak buah dari Thailand. Cecah potongan buah dengan nam pla wan memang asyik! Tak berhenti makan. Biasanya saya kirim pada kawan beli dalam botol je kalau teringin sangat. Ini dah jumpa resepi yang dikongsi oleh RASA, bolehlah cuba.



Psst! Ingin cuba kerabu jambu batu? Intai resepinya di sini.


28 ulasan:

  1. terliur pplak tengok, tak pernah lagi cicah ngan kuah cuka atau kicap cili..biasa guna asam boi jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, SA. Mana tahu kena selera SA rasa masam manis pedasnya 😊

      Padam
  2. Sedapnya kak farah..Sha suka cicah serbuk asam atau colek je.. cuka tak pernah lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Sha. Akak kalau teringin nak mencecah, buat kuah cuka ni jelah... Senang 😊

      Padam
  3. sedapnya bercicah cicah niiii.... sy mkn jambu mcm tu je. konon nk amik vit c asli hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sepatutnya pun makan begitu sahaja tapi tekak ni pandai pula request macam-macam 😆

      Padam
    2. 'mood' tekak ni sukar dijangka hahahaha

      Padam
    3. Kalaulah boleh jangka, kemungkinan besar saya sudah slim melim hahahah

      Padam
  4. sedapnya..tak pernah cicah cuka + cili..

    BalasPadam
  5. Itulah tidak sakit perut ke kalau makan banyak colek.
    Hehe tapi memang ketagih makan.

    BalasPadam
  6. Saya pun suka. But without belacan saya langsung x boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Sal memang kena pantang belacan eh... alahan ke?

      Padam
  7. Biasa makan jambu tapi tak pernah cicah kuah cuka

    BalasPadam
  8. Cecah dengan cuka ni tak pernah try lagi. Cuka pun xda kat rumah ni. Hihi. Tapi resipi kuah colek tu nak try jugak la. Kena beli cuka putih jugak ni.

    BalasPadam
  9. Jambu batu makan dengan serbuk asam sedapnya..

    BalasPadam
  10. sedapnyaaa..kalau jumpa memang beli buah jambu ni. sekarang kat tempat saya musim mangga, kerja mencicah je la..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai, kalau akak jadi Tiara pun mesti pagi petang siang malam dok mencecah je 😊

      Padam
  11. Terus kecur liur tengok buah jambu dengan cecahannya tu. nyummm nyuummm!

    BalasPadam
  12. sedap jambu batu ni akak. kadang kalau HB low memang makan sebiji. nak maintain 12 above nanti nurse risau

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.