Selasa, Mac 31, 2020

My To Be Done...Kosong

Diam tak diam, kita dah berjaya harungi fasa PKP yang pertama (walaupun ukuran kejayaan tu quite questionable dengan segelintir masyarakat yang yakin kebal dan seronok jadi rebels). Sangat-sangat berharap semua ini berakhir dengan cepat. Berakhir dengan baik. Ramadan dah nak menjelma. Mudah-mudahan kita dapat sambut ketibaan tetamu mulia ini dengan suasana seperti dahulu.

Hari ini saya mulakan hari dengan gelak besar apabila tengok planner saya. Di bawah ini, lembaran planner saya, bahagian 'To Be Done' untuk sepanjang minggu. KOSONG! Selalunya hari-hari biasa, kalau tidak banyak, adalah sebaris dua peringatan untuk siapkan kerja ini dan kerja itu. Kali ini benar-benar kosong. Sampai saya kena panggil Bott untuk clarify betul ke minggu ini saya tak ada sebarang kerja atau komitmen yang perlu dilunaskan. 



Memang tidak ada. Happy memanglah happy. Pada masa yang sama, terlintas juga di fikiran. Untuk orang yang bekerja sendiri seperti saya ni, kalau keadaan sebegini berterusan, terjejas juga hidup dibuatnya.

Tak apa. Kita tenang dulu. Harap keadaan akan jadi bertambah baik. Serah dan yakin pada Allah. Sebenarnya apa yang menimpa kita sekarang banyak bawa hikmah dan pengajaran. Kalau selalu kita terkejar-kejar, sekarang kita ada ruang masa untuk bertenang. Kalau selama ini kita asyik dakwa tidak cukup masa, sekarang kita ada banyak masa untuk dimanfaatkan sebaiknya. Kalau selama ini kita bazir wang, bazir makanan, sekarang kita dah pandai bercatu itu ini. Kan besar hikmahnya tu :)

So, berbalik kepada 'To Be Done' saya yang kosong tadi, nampaknya lembaran ini akan dijadikan lembaran untuk minggu hadapanlah. Minggu ini saya 'free style'. Buat sahaja apa aktiviti yang saya suka asal masa saya terisi. 

Apa aktiviti #stayathome kalian?

Sebut tentang aktiviti, apa yang kalian lakukan sepanjang tempoh #stayathome?

Saya memang jenis yang suka memerap di rumah. Jadi, tidak timbul isu kejung atau 'mereput di rumah' sebab macam-macam yang saya suka buat. Saya buat kraf, tulis jurnal, buat scrapbook, kemas rumah, tengok movie dan TV shows.

Rasa-rasa dah bosan, ajak Bott untuk bantu saya belajar semula bahasa Arab dan Jepun yang dah berkarat. Boleh juga bantu diri tingkatkan penguasaan bahasa al-Quran (tahun ni saya pasang niat untuk lebih kerap luangkan masa baca tafsir dan dalami isi al-Quran. Moga saya istiqamah). Bahasa Jepun tu pula, saya perasan yang Japanese phrases saya dah mula memudar dari ingatan. Simple phrases pun kadang-kadang boleh keliru. Yelah, saya belajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga di sekolah menengah. Lebih dua dekad yang lalu. Makanya, masa terluang ni eloklah digunakan untuk belajar balik apa yang patut. Selain tu, dapatlah tengok J-Drama tanpa guna subtitles hahaha.

Sebelah petang pula, layan kerenah kucing-kucing main kat depan rumah. Kucing-kucing ni kira kucing mendatang. Orang buang, saya bagi makan tapi tak masuk rumahlah sebab ada si Yuri. Disebabkan kucing ni manja-manja belaka, seronok layan main. Penat main dengan kucing, lepak santai sambil berdendang syok sendiri dengan si Kapok...petik gitar barang satu dua lagu.

Paling saya suka - baca novel! Saya berpeluang punggah semula novel-novel yang saya tidak sempat baca sebelum ini, ambil own sweet ME-time to read and enjoy the stories. Kegembiraan apabila dapat duduk dan baca novel tu, sangatlah priceless.




Saya turut suka habiskan masa di dapur, cuba resepi simple yang guna bahan-bahan terhad. Faham-fahamlah, apabila dah duduk rumah dan minda tu dah set sekarang ni fasa PKP, perut dan tekak semakin aktif dambakan sesuatu dari dapur. Asyik nak mengunyah sahaja! Jadi, saya akan usahakan buat sesuatu just to satisfy the craving. Ada a few good recipes yang saya telah cuba. Inshaa Allah, akan dikongsikan di blog apabila ada masa terluang untuk menaip. 


Kalian pula bagaimana? Kongsi di ruangan komen di bawah ya.
Apapun, jaga diri baik-baik. Stay safe. Stay healthy.


10 ulasan:

  1. akak !! im too lazyyyyyy hahaha pusing kiri kanan pun saya rasa penat. i watched kdrama and kdrama more kdrama and again kdrama. sampai rasa jemu. hehe.. i karoke dalam blik mudah2an jiran tak dengar. kumpul baju 2/3 round basuh so that i could spend hours stay put melipat.

    oohooo.. saya buat kuih kak !!
    seri muka for the first time walaupun atas dia rasa macam akok
    sbb terlebih telor wakakak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wowww! Macam-macam aktiviti yg dibuat tu...apa yang lazynya? Oh...terliur dengar serimuka. Lepas ni boleh open order untuk akak ni!

      Padam
  2. Banyak tengok filem.
    Kemas rumah.
    Berangan.
    Rasa macam biasa je sebab suka duduk rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita geng! Akak memang kalau dapat duduk rumah, bahagia!

      Padam
  3. Assalamualaikum...

    Saya ada juga la kerja-kerja dan kerja tu setiap hari kena buat termasuk hari cuti...laporan tiap2 hari sebelum jam 10 pg dan 2 ptg..

    Apapun dalam tempoh PKP ini saya anggap ianya rahmat dari Allah swt agar kita selamat sentiasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, sis. Besar rahmat Allah buat kita semua. Antara kita hendak admit atau tidak je kan...

      Padam
  4. konnichiwa farrah-san., hehe ogenki desu ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohaiyo gozaimasu, Wak Lat! Watashiwa ogenkidesu. Anatawa ogenkidesu ka?

      Padam
  5. Ada masa Sha rajin, berbuku-buku habis di baca.. bila datang rasa malas, nak tidur je kerjanya.. Rutin memasak dan mengemas tu seperti biasa.. Tu belum lagi rutin menjadi cikgu.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak dapat bayangkan berapa banyak buku Sha berjaya khatamkan masa PKP ni....tapi betul tau. Akak pun sama kalau tiba-tiba hari tu datang mood nak tidur, memang akak tidur dengan pelbagai gaya hahaha

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.