Isnin, Jun 08, 2020

Honey Butter Biscuits ala Texas Chicken

Bagi yang biasa makan Texas Chicken, pasti kalian familiar dengan honey butter biscuits. bukan? Saya memang jika sekali-sekala singgah makan di sana, tidak akan lupa pesan honey butter biscuits dan jalapeno poppers

Honey butter biscuits Texas Chicken ini jadi kegemaran ramai sebab rasa manis dan buttery yang sedang-sedang. Just nice dan tidak keterlaluan. Kombinasi rasa lemak mentega dan manis madu membuatkan biskut ini sedap dinikmati begitu sahaja. Dapat pula dicicah dengan minuman panas kegemaran kalian, lagilah berganda kelazatannya.

Ini antara resepi terawal yang saya cuba semasa PKP baru-baru dilaksanakan tiga bulan yang lalu. Waktu itu, memang asyik keluar masuk dapur je. Konon-kononnya nak menyesuaikan diri dengan fasa baharu kena kurung dalam rumah. Padahal selama ini kalau dapat peluang duduk memeram diri dekat rumah, sayalah yang paling happy! Setiap hari saya dan Bott akan cuba masak satu resepi yang kitorang teringin nak makan. Tak kiralah hidangan sarapan ke, lauk atau pencuci mulut. Resepi baharu atau yang dah pernah cuba sebelum ini. Biskut ini antara salah satu daripada projek satu resepi satu hari kamilah. Lagipun saya memang teringin sangat sebab dah lama tak makan.

Kebetulan bahan-bahan memang ada. Cara nak buat honey butter biscuits ini pun memang mudah. Batch pertama yang dibakar, glazed pakai madu dan mentega.  Batch kedua pula (lihat gambar di bawah), tanpa madu cuma guna sapuan mentega. Rupa parasnya kurang berkilat tetapi rasa tetap awesome. Biskut tanpa madu ini khusus untuk Bott sebab dia nak cicah dengan kopi panas. 


Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken
OK, jom tengok resepi honey butter biscuits ini. Tidak silap saya resepi ini telah dikongsikan oleh ahli-ahli group  'Masak Apa Hari Ni'.  Disebabkan saya memang ada buttermilk, jadi saya guna buttermilk. Tidak perlu buat campuran susu dan cuka. Jika tiada atau sukar untuk dapatkan buttermilk, ikut langkah-langkah penyediaan buttermilk di bawah ye.


Resepi Honey Butter Biscuits Ala Texas Chicken


Bahan-bahan:


A. 
  • Buttermilk 145g. 
Jika tiada buttermilk, campurkan 2 sudu kecil cuka ke dalam 140g susu. Biarkan seketika pada suhu bilik dalam lebih kurang 15 - 20 minit sehingga tekstur susu bertukar menjadi sedikit kental. Keadaan inilah yang kita mahu.


B. Bahan kering
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 115g mentega sejuk. Simpan dalam peti sejuk dan kemudian potong jadi bentuk dadu kecil supaya senang kita nak gaul adunan.
  • 4 sudu teh serbuk penaik

C. Bahan sapuan untuk permukaan atas biskut.
  • Madu dan mentega cair secukupnya.


Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Sediakan buttermilk terlebih dahulu dengan mencampurkan susu dan cuka. Ketepikan.
  2. Gaul semua bahan kering sehingga menjadi seperti tekstur serbuk roti. Apabila campuran susu dan cuka sudah sedia digunakan (pastikan yang susu sudah bertukar menjadi pekat/likat), masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul lagi sehingga semua bahan tergaul sekata.
  3. Bentukkan bulat-bulat. Susun atas dulang pembakar.
  4. Bakar (menggunakan ketuhar pembakar atau air fryer) pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit sehingga biskut bertukar warna keperangan.
  5. Setelah dikeluarkan, sapukan mentega cair dan madu pada permukaan biskut. Jika hendak biskut yang kelihatan betul-betul berkilat, masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar dalam 3 - 5 minit. Siappppp!



Biskut di bawah ini saya bakar guna air fryer.


Setelah siap dibakar, sejukkan sebentar di atas redai. Kemudian, nikmatilah honey butter bicuits air tangan sendiri dengan senyuman. Saya beri amaran siap-siap ni, seketul memang tidak akan cukup!

Saya buat adunan besar supaya sebahagian daripadanya dapat didinginbekukan. Jadi, apabila teringin nak makan something butyraceous apabila tengah craving, keluarkan sahaja dari freezer, cuma tinggal panaskan sekejap di dalam ketuhar gelombang mikro, toaster oven atau air fryer.


Selamat Mencuba!


Psstt! Saya masih belum sempat untuk blogwalking. Beri saya masa untuk kunjungi kalian ya. Till then, jaga diri.


10 ulasan:

  1. Tak pernah lg mkn biskut ni sbb jrg gi Texas Chicken..nmpk sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak. Nanti boleh cuba. Saya pun sebenarnya pergi Texas Chicken kalau nak makan wrap je. Ayam goreng Texas ni saya kurang sikit.

      Padam
  2. Sedapnya Kak Farrah! Nak sikit boleh hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abis sudah, dik. Nanti Dilla cuba buat k. Dilla suka baking gak kan?

      Padam
  3. Sedapnya Kak Farrah! Nak sikit boleh? Hehe

    BalasPadam
  4. Macamana rupa buttermilk tu ea..? pernah dengaq tapi tak pernah beli. heheeh

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak..
    Rajin betul akak memasak.. meh sikit kerajinan tu..

    BalasPadam
  6. menarik! ada kesempatan nnt saya buat

    BalasPadam
  7. Wah, nampak sedap ni. Boley try nty..

    BalasPadam
  8. fav sy ni. sggh texas semata nk beli ni je😊👍

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.