Ahad, Januari 16, 2022

Kacang Kuda Sos Korea Adabi

Assalamualaikum. Salam Ahad! Selamat bersantai dan beristirahat.

Belakangan ini memang tidak sempat hendak masuk blog. Saya sibuk bantu beberapa orang pelajar buat persediaan untuk peperiksaan IGCSE. Dengan saya kena belajar sekali. Hari ini baru ada kelapangan intai blog.  Insya-Allah, kalau mata ini tidak berat dapatlah saya blogwalking sebentar lagi.

Kalian suka makan kacang kuda rebus tak? Biasa makan begitu sahaja atau yang berperasa dan bersira? Kalau suka makan kacang kuda, apa kata cuba buat kacang kuda rebus guna Sos Korea Adabi. Ya, kita guna Sos Korea Adabi. Lebih kurang macam kacang kuda pedas yang kita buat dengan cili giling cuma yang ini ada sentuhan rasa Korea. Best

Asalnya saya sedang kemas-kemas stok barang masak di dapur. Jumpalah satu pek Sos Korea Adabi. Dah lama beli konon-konon nak buat ayam goreng korea. Tetapi, setiap kali masak hidangan ayam, tahu-tahu sediakan menu ayam lain pula. Ayam geprek la ...ayam goreng mamak la ... . Sudahnya terbiar sepi sahaja pek sos ini di dalam almari.

Kebetulan saya baru lepas rebus kacang kuda untuk snacking. Lazimnya, saya makan kacang kuda rebus begitu sahaja tanpa garam atau perasa lain kalau time gatal gigi nak mengunyah. Tidak pun, jika ingin ubah selera, saya tumis sedikit bawang dan daun kari, letak sedikit garam dan gaulkan kacang kuda yang telah direbus. Dahulu, masa kecil-kecil Cekebon selalu buat begini. Memang penuhlah mulut saya makan. 

Kacang Kuda Rebus Bersalut Sos Korea Adabi



Kacang Kuda Sos Korea Adabi

Alang-alang kacang kuda ada di hadapan mata, saya buatlah kacang kuda rebus gaul dengan sos korea. Sos Korea Adabi ada dijual dalam bentuk pek dan juga botol. Siapa-siapa yang suka makan ayam goreng Korea tu, memang akan sukalah dengan Sos Korea Adabi ni.

Untuk buat Kacang Kuda Sos Korea Adabi, resepinya mudah sahaja. Apa yang diperlukan ialah:
  • kacang kuda (tidak kiralah kacang kuda kering atau yang di dalam tin)
  • hirisan bawang besar
  • beberapa tangkai daun kari (Jika mahu. Tidak letak pun tidak mengapa.)
  • sedikit minyak masak untuk menumis 
  • Sos Korea Adabi secukupnya


Mula-mula, rebuslah kacang kuda sehingga empuk. Jika tidak menggunakan kacang kuda dalam tin, kacang perlu direndam semalaman supaya lembut dan kembang. Dah lembut, mudah sedikit empuk nanti. Tak perlulah kita ambil masa yang lama untuk merebus kacang. 

Kacang yang telah empuk, ditus dan diketepikan. Sesudah itu, panaskan minyak masak, tumis hirisan bawang besar dan daun kari sehingga naik bau. Jika diikutkan, elemen daun kari  tiada dalam masakan Korea. Tetapi, saya suka ratah daun kari garing jadi kita letak sekali.  

Seterusnya masukkan Sos Korea Adabi. Banyak mana, agak-agaklah sahaja biar cukup untuk salut kacang kuda rebus. Tumis buat beberapa minit bersama bawang dan daun kari tadi. Kemudian, masukkan kacang kuda rebus dan gaul hingga sekata. Akhir sekali, tabur sedikit bijan putih yang telah disangrai pada atas kacang.

Siap! Sedia untuk dimakan. Jika rasa kurang masin, bolehlah tambah secubit garam untuk perasakan kacang tu. Bagi saya tak perlu. Sos Korea Adabi sudah cukup rasa. 


Selamat mencuba!

21 ulasan:

  1. Saya selalu goreng dengan bawang dan daun kari je. Menarik resepi kak Farrah. Ni orang Korea makan pun suka. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang kuda bawang dan daun kari tu memang legend kan... ini olahan feeling2 orang Korea gitu hahaha

      Padam
  2. mcm dap je. lama gile kot x makan kacang kuda ni...layan ni.. tq for the recipe!! leh try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang kuda memang layan. Laju je masuk mulut kan...
      Selamat mencuba, Ayu. Mana tahu kena dengan selera Ayu dan anak-anak.

      Padam
  3. anak2 aida memang kpop sgt, farrah.
    sos korea ni ada. memang salut ayam aje la utk diorang.
    nak beli kan mahal :) hi hi hi...
    sos cheese pun aida beli kan. makan le korang puas2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe dah tahu selera mereka memang kena buat stokla kan, Aida.
      Biar puas sikit makan. Kalau beli tu faham-faham jelah, tak puas mana.

      Padam
  4. memang sukaa sgt
    mesti dlm sebln akan beli dan rebus simpan peti ais mkn dua tiga hari he hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama, Cik Nor. Sekali rebus tu memang rebus banyak-banyak. Simpan dalam freezer. Senang nanti bila teringin, dah ada yang siap direbus. Tinggal biarkan pada suhu bilik sahaja.

      Padam
  5. Sedapnya. Tapi tak boleh makan kacang dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala ye ke... pantang makan kacang ye... tak apa. Akak makan bagi pihak Aisya :)

      Padam
  6. Suka makan kacang kuda. Tapi seingat saya last makan zaman sekolah rendah dulu masa sukan orang duk jual tepi padang. Yang bersira ni tak pernah makan lagi. Pernah makan yang biasa dijual tu je lah :) macam sedap style Kak Farrah buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa yang jual tepi padang tepi jalan itu yang lagi sedap. Nostalgik sangat. |
      Nanti ada kesempatan Fiza cubalah buat yang bersira begini. Mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  7. tq share...boleh cuba ni. tak terpikir pun

    BalasPadam
  8. suka makan kacang kuda rebus sambal. yg korea ni first time nampak..hehe
    thanks sharing :)

    BalasPadam
  9. Menarik. Dahulu ada beli sos Korea masa PKP. Nanti kena cari kacang kuda dan sos balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cari... nanti boleh buat snek kudap-kudap :)

      Padam
  10. Sos korea adabi tu pedas.. Sha memang tak tahan walaupun sikit.. hehehe..
    Suka makan kacang kuda yang bubuh daun kari, cili kering dan sedikit garam..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.