Jumaat, November 13, 2020

Collywobbles

Sudah lama saya tidak buat entri 'Word Mania'. Banyak je perkataan menarik yang ingin saya kongsi dengan kalian. Tetapi, asyik perap dalam draft. Tidak sempat menulis entri penuh. OK, hari ini kita belajar satu lagi perkataan baharu.


Pernah dengar collywobbles? 'Collywobbles adalah antara perkataan yang secara peribadi saya anggap comel sebutannya selain daripada ragamuffin dan snollygoster. Tahu tak apa maksud collywobbles? Boleh agak tak? Yelah, kadang-kadang sesetengah perkataan kita dapat jangka makna melalui sebutan perkataan itu sendiri.  

Baiklah, ini erti collywobbles.


Secara ringkasnya, collywobbles ialah keadaan yang dialami oleh seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu - perut tak sedap, rasa queasy atau gemuruh dan berdebar-debar. Senang cerita ibarat having butterflies in your stomach. Jika 'ada kupu-kupu dalam perut' merupakan salah satu daripada english expression yang biasa digunakan, collywobbles ini pula lebih kepada perkataan slanga atau something informal untuk menggambarkan keadaan tersebut.

Di bawah ini pula, perkataan lain yang lebih kurang sama makna dengan collywobbles, penggunaan  setiap perkataan bergantung pada situasi ye. Jadi, jika ingin guna, perlu semak dahulu dalam kamus sama ada menepati konteks ayat ataupun tidak.



Omong-omong, mari kongsi sedikit dengan saya, apa keadaan yang buat kalian rasa collywobbles?

Saya ... banyak kot! Saya ni jenis cepat gelabah. Kadang-kadang tiada apa pun situasi yang mendebarkan.  Saya je cemas lebih. 🤣

Contohnya, kalau saya hendak singgah kedai atau bank dan kebetulan masa tu tiada parkir. Jadi,  Bott atau Cekengah akan berhentikan saya di hadapan kedai, suruh saya turun dahulu sementara mereka cari parkir yang sesuai. 

Bayangkanlah, dengan memikirkan di belakang ada kereta yang menunggu dan saya kena tengok cermin sisi kereta, mencari kesempatan untuk keluar, saya dah collywobbles hahahah Cemas tak kena gaya! Mulalah mulut saya bising, "Along nervous ni! Nervous!" Teruk, kan?


Rasanya, saya memang sentiasa ada kupu-kupu dalam perut kot. Duduk fikir kejap, apa lagi situasi collywobbles saya :) Kalian jangan lupa kongsi di ruangan komen di bawah.

15 ulasan:

  1. im having a cholera morbus at the moment hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, my dear. Why? Why? 🤪

      Padam
    2. i was just imagining if ada orang ckp cemtu.. huurmm..
      so high standard kan cholera morbus haha..

      Padam
  2. Sama, jenis mudah gelabah.
    Saya cemas memandu hendak cari parking. Lagi-lagilah side parking di jalan yang sibuk. Mana hendak perhati kereta lalu-lalang dan masuk kereta sisi. .
    Kadang-kadang sanggup parking jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul. Terus rasa nervous kan? 😂

      Padam
  3. menarik ayat ni,,,so cute..hehe

    BalasPadam
  4. perkataan baru dengar..

    macam best jer tapi susah nak ingat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lagi-lagi tang ejaan perkataan tu kena hati-hati 😊

      Padam
  5. nicecword lepas ni boleh la ' i feel collywobles ' 😂😂😂

    BalasPadam
  6. Collywobbles bila driving. Even short trip. Every damn time. Pastu bila tengok bola. Lagi satu bila flight nak take off. Tapi yang ni rindu plak. Huhu

    BalasPadam
  7. Cutenya perkataan tu tapi maksud dia... hehehe..
    Sha akan jadi macam ini kalau kena memandu sorang ke tempat yang tak biasa.. nervous dia lain macam.. hehehehe..

    BalasPadam
  8. comel pulak perkataan collywobbles tu.
    saya pun mudah gelabah juga. tak tahu lah kenapa. lagi lagi masa nak present depan org ramai.

    BalasPadam
  9. Wah Cik TK belajar perkataan baru hari ni! Rasa collywobbles ni datang masa nak bercakap depan orang ramai. Contohnya masa nak present. Lagi masa pergi ke tempat yang tak penah pergi. Nervous tapi excited at the same time!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.