Khamis, Januari 21, 2021

Beli Kertas Pelekat untuk Projek Kraf

Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.

Baru-baru ini saya beli kertas pelekat di Lazada. Bersaiz A4, kemasan matte (bukan jenis kilat yang mirrorcote or glossy tu), ditawarkan dalam tiga variasi - putih, coklat cair dan kertas kraf. Disebabkan penyakit saya yang memang tidak boleh nampak kertas cantik dan apa jua yang seangkatan dengannya, saya beli tiga-tiga sekali.

Hendak buat apa dengan kertas pelekat ini? Saya nak buat DIY stickers. Belakangan ini, apabila ada masa terluang saya memang super duper rajin buat hiasan kraf (crafts embellishments). Nanti bolehlah saya gunakan untuk hias jurnal dan planner saya.

Untuk 10 keping kertas pelekat bersaiz A4 dengan harga RM2.60, bagi saya amat berbaloi. Malah, lebih murah jika dibandingkan dengan kertas pelekat yang lebih kurang sama, yang saya pernah beli di POPULAR dahulu (di bawah range produk alat tulis keluaran POPULAR sendiri).

Kebetulan, kos penghantaran percuma sebab guna baucar free shipping. Jadi, sekeping jatuh RM0.26. Berbaloi-baloi!

Dari segi ketebalan, kertas pelekat ini lebih kurang macam label sticker biasa bentuk bulat dan empat segi yang ada dalam macam-macam saiz dan warna tu. Saya gemar beli saiz A4 kerana saya boleh buat pelekat yang tidak terikat pada satu bentuk sahaja.

My ongoing project.

Saya potong bulat-bulat guna die-cut machine. Separuh saya biarkan kosong supaya boleh stamp, tulis atau lukis apa-apa, separuh lagi saya tampal dengan kertas muka surat buku lama.

Ini pula satu batch lain yang sudah siap.

Tema rustic vintage untuk mengindahkan lagi lembaran-lembaran dalam junk journal saya. Jika kalian ingin tahu lebih lanjut mengenai apa itu junk journal, jemput baca di sini.

Siapa yang ada jurnal atau planner dan nak buat hiasan sendiri memang saya sarankan guna kertas pelekat ini. Memudahkan kerja. Apabila hendak guna cuma perlu tanggalkan release paper di belakang pelekat dan tampal. Tak perlu guna gam lagi dah.

Hendak buat pelekat nama untuk buku anak-anak pun boleh. 

12 ulasan:

  1. Senang buat stiker sendiri sebab kat kedai nak cari yang exact citarasa kita x jumpa. Amboi, level rajin pun dah buat macam-macam. Super duper rajin tu lagilah. As long as u are happy kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kerajinan ini bermusim, Dik Sal. Tiba-tiba diserang angin malas, akak boleh bobok sepanjang hari 😂 Apapun, macam yang Sal cakaplah, asalkan kita happy 😆

      Padam
  2. Saya rasa hendak hias jurnal saya apabila tengok orang lain rajin hias.
    Buat permulaan saya lukis terus dalam jurnal atau nota terima kasih daripada blogger saya tampal. Nanti perlahan-lahan akan buat kraf.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik idea, NA tu! Tinggi nilai sentimentalnya 😆

      Padam
  3. So menarik kak Farrah. Saya pun kadang terjebak beli untuk kraft. Harga boleh tahan murah. Tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're most welcome, Fiza. Memang oklah kan harganya. Of courselah can get cheaper kalau beli borong tapi nanti mati akal pula akak nak buat apa hehehe

      Padam
  4. kreatif betul buat sendiri pelekat macam ni. comellaa :D

    BalasPadam
  5. cantik sokmo������������

    BalasPadam
  6. kertas nampak tebal tp tak licin sesuai nk buat kraf mcm ni. cantik kejadiannya

    BalasPadam
  7. Wah.. berbaloi betul harganya.. Memang cantik kaler kertas tu.. Rajin betul akak..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.