Selasa, Januari 12, 2021

Gift Ideas - Coffee Mini Gift Box

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin kongsi idea mini gift box yang saya buat untuk seseorang bersempena dengan hari lahirnya. Maklum sahajalah, dengan situasi semasa kita yang masih diancam wabak ini, tidak boleh ambil ringan hendak bersuka ria berkumpul dan adakan sambutan di luar. Sementelahan, esok dah nak PKP semula di 6 negeri.


Coffee mini gift box ini memang saya buat untuk seorang penggemar kopi. Hari lahirnya hujung tahun lalu. Rancangan untuk bertemu dan makan-makan terpaksa ditunda sehingga keadaan mengizinkan. Sementara itu, saya hantarlah mini gift box ini sebagai tanda ingatan. 

Mula-mula, saya buat pembelian kopi di Lazada. Boncafe memang merupakan antara jenama kegemaran saya. Jadi, apa salahnya kita kongsi kesukaan kita dengan penggemar kopi lain. 😊 Saya pilih Boncafe Premium Freeze-dried Coffee Stick ini sebab secara peribadi, saya suka akan rasanya yang lembut seolah-olah kopi dibru sejuk (cold brew). Sayangnya produk kopi segera atau freeze-dried Boncafe yang ini tiada dalam bentuk pek besar seperti pek biji kopi (coffee beans) dan kopi kisar (ground coffee). Hanya ada dalam bentuk coffee stick begini. 

Dari segi harga, bagi saya harga produk kopi Boncafe memang amat berpatutan. Lagi-lagi di Lazada, Boncafe selalu ada menawarkan baucar diskaun. Ingin tahu lebih lanjut, kalian ikutlah kedai Boncafe ini di Lazada ya.

Setelah kopi yang dipesan sampai, saya gunakan kotak kraf bersaiz kecil dan masukkan kopi ke dalam kotak tersebut. Kemudian, bahagian atas kotak saya hias dengan cetakan clear stamps bertema kopi. Tidaklah nampak kosong sangat. 

Kad ucapan pun buat tema kopi. Kad ini memang sedia ada dalam simpanan kad-kad yang saya buat. Saya cuma perlu ubah suai sedikit dan tambah ucapan ‘Sending You A Latte Birthday Wishes’.

Bagi kalian yang gemar kopi, suka tak kalau dapat mini gift box sebegini?

24 ulasan:

  1. Suka sangat kalau dapat begini.
    Apabila bancuh kopi akan teringat orang yang beri kotak kopi. Untung kawan Puan Farrah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab teringat si pemberi tu yang mahal tu, NA. Moga dia sukalah dapat kopi ni :)

      Padam
  2. Menariknya idea kak Farrah. Seorang penggemar kopi mesti suka dapat hadiah kak Farrah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... akak sendiri bila siap box set ni tiba-tiba rasa macam nak simpan utk diri sendiri. Hahahah over sikit di situ!

      Padam
  3. Sangat kreatif. Idea ni boleh cuba utk hadiah bday kawan sisyat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba, sisyat. Kalau nak gabung kopi, teh atau chocolate drinks pun boleh 😊

      Padam
  4. I am a coffee person eh! tiberrr...

    Mestilah suka

    BalasPadam
  5. Suka catch phrase tu. Latte instead of late. Witty

    BalasPadam
  6. peminat coffee mesti suka dpt adiah ni

    BalasPadam
  7. Pergh!! Kalau Sha yang terima ini memang bahagialah..
    Kreatif dan sangat cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga satu hari nanti ada rezeki kita nak ngopi bersama 😊

      Padam
  8. Kreatif la idea tu... Setuju sangat, kita kena bagi hadiah yang kita suka untuk bagi kat orang. Dengan harapan orang tu pun suka hadiah yang diterima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Eza. Kegembiraan perlu dikongsi bersama! 😊

      Padam
  9. Kalau org bg mst la suka!! Apatah lg kalau limited edition yg org tu buat sendiri.. terasa dihargai dan disayangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting orang tu ingat kat kita kan, Kakmim 😊 saya tak kisah dapat apa... ingatan tu pun dah besar ertinya

      Padam
  10. kalau akak bg mesti suka.. heheh
    kreatif bab nk bg hadiah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe terus akak senyum lebar teringat koleksi kereta yang Nina hadiahkan akak 😊😘

      Padam
  11. lama x dpt hadiah dari farrah :)
    love this too.
    lom pernah rasa boncafe ni.
    aida da berpantang caffein now.
    ketagihan melampau, farrah. kena pantang jap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beberapa tahun belakangan ni memang tak sempat nak berutus-utus hadiah dgn rakan blogger. Insya-Allah, ada rezeki dan kesempatan nanti nak buat baliklah titip tanda ingatan pada kawan-kawan.

      Kita sekapal! Saya pun sebenarnya kena pantang kafein, Aida. Saya kurangkan dos. Buat kopi mild manja-manja gitu heheh

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.