Isnin, Februari 08, 2021

Macam Munyuk

Assalamu’alaikum. Hai semua! Selamat memulakan minggu baharu. Semoga kalian baik-baik sahaja.

Semalam hari lemau saya. Tak larat nak buat apa-apa. Malas tu berat benar di hadapan semua perkara. Mujurlah tiada tugasan yang memerlukan komitmen segera. Jadi, sambil melayankan angin mengada-ngada, saya duduk depan laptop, explore gambar cantik-cantik di internet. Cari idea untuk next craft project konon-kononnya.

Terserempak pula dengan spesies orkid ini. Kagum, tercengang, tidak percaya. Selama ini saya pernah dengar penggemar bunga anggerik bercerita, tetapi tidak sangka pula memang betul-betul mirip macam monyet!



Ini dracula simia atau dracula gigas. Juga dikenali dengan nama anggerik monyet atau orkid drakula. Tetapi, jangan bimbang. Drakula yang ini tidak menghisap darah! 🤣

Hebat betul kekuasaan Allah! Diciptakan orkid ini memang kelihatan sebijik muka monyet. Mata... alur hidung dan bibir.... Ada banyak lagi spesis orkid muka monyet ni tau. Lebih kurang dalam 10 jenis begitu. 

Selain orkid pelik berwajah monyet, ada juga spesies orkid yang mirip bayi dalam bedungan, burung yang sedang terbang, bentuk bibir seksi merah menyala, aksi gadis menari, tengkorak malah macam seorang lelaki telanjang pun ada! Penggemar orkid jika diajak berbincang tentang topik ini memang tidak akan berhenti. 

Jadi, kalian kalau tiba-tiba bosan tak tahu nak buat apa macam saya ni, cuba-cubalah google untuk cuci mata ya.

Oh, ada satu lagi yang gayanya persis sang munyuk. Tengok ni 👇


Entah kenapa, si Yuri tiba-tiba buat gaya monyet bertinggung atas pagar. Lama juga dia 'tenggelam dalam monolog diri' begitu. Sampai saya sempat bangun dan ambil telefon untuk tangkap gambar dia. Nasib baiklah, telinga tu masih telinga kucing lagi. Ini kalau terlepas keluar rumah, monyet-monyet kat luar tu pun boleh keliru ingat Yuri saudara jauh mereka. 

Apa pun, selamat menikmati hari! Terima kasih datang lepak sini. Insya-Allah, ada masa saya datang berkunjung ke blog kalian ya. Take care! Stay safe.

Pstt! Munyuk - monyet ( dalam bahasa Jawa)

23 ulasan:

  1. Baru tahu kewujudan rupa bentuk orkid tu. Memang betul mcm monyet

    Cantiknya Yuri. Gebu betul bulu dia..

    BalasPadam
  2. Ingat monyok-sedih. Hari ini saya monyok sedikit.
    Ok perbendaharaan kata baru saya pelajari.
    Unik bunga orkid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah hari ini Na masih monyok? :)
      Memang unik 'kan orkid tu...

      Padam
  3. eh eh haah lah orkid tu macam monyet !
    Yuri kenapa tu alolololo ~

    BalasPadam
  4. Internet algorithm memang pelik. Start explore satu benda tetiba sampai dekat page yang aneh. Macam akak la, tengok projek kraf tetibe sampai orkid muka monyet. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sal. Kadang2 tak terjangkau dek akal page2 aneh yang dibawa kita. Tak ada kena mengena pula tu.

      Padam
  5. Subahanallah. Uniknya ciptaan-Nya. Memang terkejut beruk jugalah kalau terserempak dengan orkid munyuk cenggini!

    BalasPadam
  6. Owh.. Ada ye orkid gini..
    Ini kalau ada arwah ibu ini, mesti dia beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arwah ibu Sya penggemar orkid ya? Mesti arwah seorang yang lembut dan penyabar :)

      Padam
  7. mmg unik... mesti harga punnnnn.... ribu riban😆😆😆 yuri penasaran sama abam bear ke? ke... abam bedak?😆😆😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam bear tak pandang Yuri walau sebelah mata pun 😂 abam bedak pula sekadar bertukar jelingan. So, harapan utk cinta berputik tu pudar hahaha

      Padam
  8. alamak harga dia. hahah. lama tak nampak yuri berkeliaran dlm blog. harap tak monyok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Yuri nak jadi low profile. Takut tak tahan kalau glamour. 🤣

      Padam
  9. Dulu pernah juga jumpa orkid macam bentuk muka apa entah masa kat hutan. Memang unik sebab ada macam2 spesis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang unik, kan? Boleh pula bentuknya menyerupai objek lain.

      Padam
  10. wahh senyum je monyet drakula ni., hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.