Isnin, Mei 31, 2021

Kids’ Song - Ten Little Indians

Semasa kecil dahulu, ini antara lagu yang saya mula-mula belajar dalam kelas Bahasa Inggeris. Puas saya pertikaikan apa yang sepuluh orang little Indians ni buat sampai ada lagu? 😂


Well, lagu ni untuk aktiviti sing-a-long dengan murid-murid cilik saya minggu ini. Kami akan buat aktiviti berkaitan nombor. Insya-Allah, mereka akan belajar lagu ini dan nursery rhymes - One, Two, Buckle My Shoe. 


Ten Little Indians (Easy Guitar Chords)






One little, two little,
G
Three little Indians.
D
Four little, five little,
D7
Six little Indians.
G
Seven little, eight little,
G
Nine little Indians,
D           D7     G
Ten little Indian boys.


Tidak silap saya, lagu ini merupakan antara salah satu lagu yang saya berjaya main sehingga habis dengan sempurna di dalam kelas piano waktu mula-mula belajar dahulu.  😆Cekengah dah laju jari jemarinya menari atas kekunci hitam putih main lagu Fur Alice, saya baru terhegeh-hegeh 'khatam' Ten Little Indians. 😎 Rasa dah cukup berjaya dah tu sebab saya struggled baca not balok. Siap minta Cekebon dan Baba belanja KFC lagi hahaha.

Okey, simpan satu sheet kat sini buat gamit memori. Ini saya peroleh dari makingmusicfun.net.





11 ulasan:

  1. lagu ni catchy...happy je budak2 nyanyi..

    BalasPadam
  2. Kalau versi melayu, sepuluh budak hitam rasanya, siap ada buku lagi masa tadika dulu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah, versi kita Sepuluh Budak Hitam! 😂

      Padam
  3. Macam nak belajar bermain gitar semula. Tapi takpelah, umur dah nak senja, cari ilmu lain pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Tuan Fairus. Banyak lagi cabang ilmu lain yang boleh kita teroka. Tetapi, kalau minat nak main gitar semula pun apa salahnya 😊

      Padam
  4. Masa kecik dulu, saya ingatkan Indians yang dimaksudkan tu orang-orang India. Haha. Biasalah budak, yang dia tahu orang India macam Raju dan Kumari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha betul, kan? Kata 10 budak india… tapi yang menari-nari tu budak dayak 🤣

      Padam
  5. Ehh lagu ni, teringat plak zaman kecik² dulu. Kalau versi melayu 10 budak hitam kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.